Ketua Wanita IKRAM Merasmikan Graduasi IMPAK Online

Ketua Wanita IKRAM Merasmikan Graduasi IMPAK Online

Pada 4 April 2021 yang lepas, telah berlangsung Majlis Graduasi IMPAK Online yang dirasmikan oleh Ketua wanita IKRAM Malaysia, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh. Majlis meraikan 80 peserta IMPAK (Ibu bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak) dari lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu PPR Jelatek, PA Sri perlis 2, Pangsamurni Keramat Jaya 2 dan PPR Taman Wahyu yang telah berjaya menamatkan 10 modul pembelajaran.

Program IMPAK Online ini adalah anjuran Petubuhan IKRAM Malaysia  dengan sokongan Yayasan Hasanah (Geran Khas Hasanah) dan telah diadakan dari Januari hingga Mac 2021. IMPAK Online telah diadakan berikutan pandemik Covid 19.

Peserta IMPAK Online

“Objektif utama program ini adalah agar golongan ibu bapa muda B40 berpeluang meningkatkan akademik anak-anak melalui kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam 10 modul,” kata Pengarah Majlis, Datin Seri Junaidah Ahmad.

“Diharapkan ibu bapa yang menghadiri modul IMPAK dan majlis graduasi semalam berjaya mengaplikasikan ilmu keibubapaan ini terhadap anak-anak dan secara tidak langsung membantu anak dalam pembelajaran mereka,” ujar Junaidah.

MPWN dalam norma baharu

MPWN dalam norma baharu

Majlis Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) tahun ini telah berlangsung di beberapa negeri. Dalam suasana pandemik Covid-19, negeri-negeri telah mengambil inisiatif untuk melangsungkan Majlis Perwakilan di negeri masing-masing dalam norma baharu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Antara negeri-negeri yang telah menjalankan MPWN adalah Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Penangguhan Sambutan Hari Wanita

Penangguhan Sambutan Hari Wanita

Assalamualaikum wrt

Dengan penuh kemaafan, dimaklumkan bahawa Program Sembang Santai/ Bernas sempena Sambutan Hari Wanita 2021 yang dijadualkan pada Sabtu, 13hb Mac 2021 adalah DITANGGUHKAN sehingga tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian insyaAllah.Semoga Allah berkati kita semua.

Perginya mantan eksekutif Jabatan Wanita, Almarhumah Nik Khatijah

Perginya mantan eksekutif Jabatan Wanita, Almarhumah Nik Khatijah

8 Mac 2021

Hari ini Wanita IKRAM Malaysia menerima berita yang mendukacitakan, pemergian mantan eksekutif Jabatan Wanita IKRAM Pusat, Almarhumah Nik Khatijah binti Nik Mud yang telah meninggal dunia di rumahnya di Kajang, Selangor.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Almarhumah. Semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas pemergian ini.

Almarhumah, 32, telah berkhidmat sebagai eksekutif Jabatan Wanita sejak 2013 dan terkini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi. Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Almarhumah merupakan seorang yang amat komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Moga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di tempat yang mulia di sisiNya.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021

8 Mac 2021

“Kepimpinan Wanita Pasca COVID-19: Pilih untuk Saksama”

Wanita IKRAM Malaysia mengucapkan “Selamat Hari Wanita” kepada semua wanita di mana sahaja anda berada.