Hukum mengiringi jenazah suami ke masjid atau ke kubur

Persoalan:

Haruskah wanita yang kematian suami keluar ke kubur mengiringi jenazah dan melihat pengkebumian?

Haruskah wanita itu ke masjid untuk menunggu jenazah dimandikan, solat jenazah atau menerima lawatan rakan-rakan dan keluarga di sana?

Kematian suami sebagai teman perkongsian sudah tentu satu peristiwa besar bagi seorang isteri. Perasaan berat untuk melepaskan suami yang akan disemadikan untuk selamanya, naluri ingin melihat peristiwa bersejarah itu sangat kuat, namun wanita solehah pasti akan lebih mengutamakan keredhaan Allah Taala daripada kehendak jiwanya.

Seorang isteri yang kematian suami dilarang keluar rumah tanpa keperluan mendesak.
Berikut ialah petikan Perkara-perkara larangan bagi wanita dalam tempoh iddah kematian suami seperti yang terdapat dalam Fatwa al Kafi #977 terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 23 Disember 2018 (c):

โ€œTidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam.  Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawat dan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk  menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.โ€

Mengiringi jenazah pada hari pengkebumian bukanlah perkara kepentingan mendesak. Bahkan mungkin akan mengakibatkan keburukan yang lain seperti bercampur dengan lelaki ajnabi ketika itu, atau ditakuti wanita yang sedang mengalami kesedihan itu akan meratapi kepergian suaminya, sedang ini dilarang oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.

Demikian juga wanita tidak dibenarkan ke masjid untuk solat jenazah atau menerima lawatan rakan-rakan dan keluarga. Bahkan ia boleh solat di rumahnya dan menerima lawatan di rumah.

DALIL

Hadis Nabi sollallahu alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (307) dan Muslim (938), daripada Ummu `Atiyyah radhiallahu anha, katanya:

ูƒูู†ูŽู‘ุง ู†ูู†ู’ู‡ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ู†ูุญูุฏูŽู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽูŠูู‘ุชู ููŽูˆู’ู‚ูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซู ุฅูู„ูŽู‘ุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุฒูŽูˆู’ุฌู ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽุฉูŽ ุฃูŽุดู’ู‡ูุฑู ูˆูŽุนูŽุดู’ุฑู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽูƒู’ุชูŽุญูู„ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽุทูŽู‘ูŠูŽู‘ุจูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู†ูŽู„ู’ุจูŽุณูŽ ุซูŽูˆู’ุจู‹ุง ู…ูŽุตู’ุจููˆุบู‹ุง ุฅูู„ูŽู‘ุง ุซูŽูˆู’ุจูŽ ุนูŽุตู’ุจู ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑูุฎูู‘ุตูŽ ู„ูŽู†ูŽุง ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ุทูู‘ู‡ู’ุฑู ุฅูุฐูŽุง ุงุบู’ุชูŽุณูŽู„ูŽุชู’ ุฅูุญู’ุฏูŽุงู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ู…ูŽุญููŠุถูู‡ูŽุง ูููŠ ู†ูุจู’ุฐูŽุฉู ู…ูู†ู’ ูƒูุณู’ุชู ุฃูŽุธู’ููŽุงุฑู ูˆูŽูƒูู†ูŽู‘ุง ู†ูู†ู’ู‡ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ ุงุชูู‘ุจูŽุงุนู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽุงุฆูุฒู

“Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni melainkan โ€˜asbun (sejenis pakaian wanita arab). Ketika mandi setelah suci daripada haid, kami dibenar menggunakan sedikit minyak wangi. Kami juga dilarang mengiringi jenazah.”

Wanita solehah yang menyintai suaminya memahami bahawa dalam tempoh iddahnya dia wajib menjaga batas hukum halal haram kerana ia tahu sebarang perlanggaran hukum yang dilakukannya akan mengakibatkan suaminya disiksa di dalam kubur. Naโ€™uzubillah.

Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat makruh.

Daripada Umm Atiyyah R.Anha bahawa dia berkata:

ู†ูู‡ููŠู†ูŽุง ุนูŽู†ู’ ุงุชูู‘ุจูŽุงุนู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽุงุฆูุฒู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุนู’ุฒูŽู…ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง

Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenazah-jenazah (ke kuburan) dan Baginda (SAW) tidak melarang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.

Hadis riwayat al-Bukhari (1278)

Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmuโ€™ (5/277-278)  larangan ini bersifat makruh tanzih (perkara yang dibenci dan menyalahi adab tetapi tidak mendatangkan dosa, contoh makan bawang mentah dan minum berdiri. Ulama fiqih menyebut, perbuatan makruh tanzih ini sebagai perbuatan khilaful aula yang bermaksud perbuatan menyalahi yang utama atau afdhal).

Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda. Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenazah itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.

Rujukan:

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1792-hukum-isteri-mengiringi-jenazah-suami-pada-waktu-iddah

Wallahu โ€˜aโ€™lam.

(Ustzh. Shahidah bt Sheikh Ahmad)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *