Wanita IKRAM Malaysia Kenali Wanita IKRAM Selamat Datang Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Ayuh bersama #GSkatakanTIDAK 25 Nov - 31 Dis 2021 Katakan TIDAK!" Kempen "Gangguan Seksual Katakan TIDAK anjuran bersama Wanita IKRAM dan Gerakan Tampil Bersuara Majlis Pelancaran dan KIND Sambutan Hari Kanak-kanak 2021 anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Wanita IKRAM

Wanita IKRAM

WANITA IKRAM yang ditubuhkan dan dilancarkan pada 3 Oktober 2010 merupakan sayap kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia. Wanita IKRAM memberi fokus kepada pembangunan dan pembelaan isu-isu wanita, keluarga dan kanak-kanak. 

Wanita IKRAM memainkan peranan penting dalam bersama-sama menggembleng tenaga wanita demi mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM. Hal ini termasuklah memperjuangkan isu-isu wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti yang digariskan oleh syarak.

Pos Terkini

Akhlak Mulia Tonggak Keluarga Bahagia

Pentingnya Akhlak Yang Mulia Salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam hidup di dunia ini ialah nikmat perkahwinan ...

PERBINCANGAN MEJA BULAT: ISU NAFKAH ISTERI DAN ANAK

SERI KEMBANGAN - Jawatankuasa Advokasi dan Polisi, Wanita IKRAM Malaysia telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat bertajuk "Isu Nafkah Isteri dan ...

WANITA IKRAM MALAYSIA TEGUH BERSAMA DALAM KEMPEN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2022

Wanita IKRAM Malaysia menyambut baik Sambutan Bulan Kebangsaan yang bertemakan ‘Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama’ bermula dari 1 Ogos ...

Piagam Wanita Islam

Piagam ini bertujuan menghuraikan prinsip asas yang memberi pengiktirafan terhadap peranan, tanggungjawab dan hak wanita dan lelaki dalam semua aspek pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara bagi mewujudkan umat pertengahan (ummatan wasatan). Ianya menjelaskan secara khusus asas perjuangan kaum wanita masa kini, dengan memartabatkan peranan dan sumbangan kaum wanita dalam sebuah keluarga yang merupakan unit penting dalam masyarakat. 

Selaras dengan pengiktirafan Islam akan kepentingan peranan wanita dan lelaki dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan Negara, “Piagam Wanita Islam” ini menyatakan pendirian Wanita IKRAM terhadap peranan, tanggungjawab dan hak wanita dan lelaki di dalam sebuah umat pertengahan (ummatan wasatan) yang menegakkan keadilan, bersikap sederhana dan melaksanakan yang terbaik selaras dengan Firman Allah Ta’ala: 

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ’umat pertengahan’ (wasathan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.”  Al-Baqarah: 143

Artikel

Media Wanita IKRAM

Inisiatif Bersama Membina Negara Rahmah

Perlukan Bantuan?

Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia menawarkan sokongan psikososial untuk membantu mengukuhkan pembangunan institusi keluarga & melahirkan masyarakat yang cakna terhadap kesihatan mental.

Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)  menfokuskan kepada usaha advokasi berkaitan keganasan rumah tangga serta memberikan khidmat rumah perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak yang terkesan.

MINAT JADI AHLI IKRAM?