Wanita
IKRAM Pusat telah melaksanakan program Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 4-8
Mac 2020 yang dijayakan oleh Wanita IKRAM Putrajaya dengan kerjasama beberapa
pihak lain termasuk Kementerian Pendidikan dan LPPKN. Program keseluruhan
dijalankan di Alamanda Mall Putrajaya. Oleh kerana peningkatan mendadak kes
COVID-19 dilaporkan, beberapa program yang dirancang terpaksa diubah ke lokasi
lain.
Wanita
Seimbang, Lelaki Pembela, Keluarga Penenang, Ummah Sejahtera adalah tema sempena
sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 itu.
Program-program
yang telah dijalankan membabitkan program kanak-kanak, remaja dan wanita. Antara
program yang dijalankan adalah ‘Perkongsian pengalaman usahanita berjaya’,
‘Sentuhan Selamat’, ‘ Bedah buku: Perempuan yang baik-baik dalam Al-Quran’,
Parenting Zaman TikTok, Dera..Ambil Peduli dan IN-SAFE (Inernet Safety) 101.
Slot dari
Wanita IKRAM Pusat adalah ‘Sembang Bernas: Seimbang Untuk Sejahtera’ dan
‘Seimbang Untuk Sejahtera: Naratif Wanita Moderat’.
‘Sembang
Bernas: Seimbang Untuk Sejahtera’ adalah forum yang membawa 3 ahli panel dari
Malaysians Against Pornography (MAP), Suri Rumah Rahmah (SRR) dan PenaWan
(Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional) dan telah diadakan di Alamanda
Mall, Putrajaya pada 5 Mac 2020.
‘Seimbang
Untuk Sejahtera: Naratif Wanita Moderat’ adalah penyampaian dan perkongsian oleh
Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dan Datin Paduka Che Asmah
Ibrahim (CEO Yayasan Kebajikan Negara) yang diadakan pada 8 Mac di Kompleks
IKRAM Pusat, Seri Kembangan.
Beberapa
booth pameran juga telah dibuka termasuk Wanita IKRAM, Malaysians Against
Pornography (MAP) dan Agensi
Anti Dadah Kebangsaan.