Penghasilan ‘Face shield’ Wanita IKRAM Perak dalam liputan media

 Wanita IKRAM Perak menghasilkan Face Shield untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan telah mendapat liputan media TV Al Hijrah dan Perak Today.

https://www.facebook.com/IkramPerakDR/videos/729993387535728/

Sehingga kini Wanita IKRAM dari sekitar Ipoh, Tambun dan Batu Gajah telah menyerahkan sumbangan sebanyak 758 Face Shield ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP), Ipoh.1075 Face Shield lagi telah siap dihasilkan dan akan diserahkan ke hospital yang sama dalam tempoh terdekat. 350 Face Shield lagi dijangka akan dibuat untuk fasa serahan seterusnya membawa jumlah 1958 Face Shield untuk HRPB.

Selain itu, Wanita IKRAM juga telah menyumbangkan Face Shield ke fasiliti kesihatan seluruh Perak. 850 Face Shield telah disumbangkan oleh Wanita IKRAM Batang Padang ke Hospital Slim River dan 200 Face Shield ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batang Padang. 47 Face Shield telah disalurkan oleh IKRAM Teluk Intan untuk PKD Hilir Perak dan 62 Face Shield untuk Hospital Tapah dan PKD Tapah. 250 Face Shield lagi dalam proses penghasilan di Teluk Intan. Wanita IKRAM Manjung pula telah menyerahkan 300 Face Shield untuk Hospital Manjung manakala 500 Face Shield lagi sedang dalam proses penghasilan untuk disumbangkan.

Lihat Album Face Shield Project for Heroes https://www.facebook.com/pg/WanitaIkramPerak/photos/?tab=album&album_id=3798113593562979

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *