Pertandingan ‘Foto Kreatif’

Pertandingan ‘Foto Kreatif’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Sempena Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita pada bulan November – Disember 2020 ini, Wanita IKRAM Malaysia menganjurkan pertandingan ‘Foto Kreatif’ seperti maklumat berikut: 

Tema : Hentikan Keganasan Terhadap Wanita

Tarikh muat naik foto di media sosial (FB / IG) : 25 Nov 2020

📍Cara: 

🔸Like dan Follow FB dan IG Wanita IKRAM Malaysia 

🔸Muat turun placard Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita 

(boleh pilih antara 2 warna)

 🔸Kongsikan foto kreatif anda bersama placard kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita di FB atau IG anda serta hantarkan pautan di borang penyertaan. 

🔸Tag FB: 

Fb Wanita IKRAM Malaysia atau 

IG: Wanita IKRAM MAlaysia

🔸Mohon letakkan hashtag

  #HentikanKeganasanTerhadapWanita2020

#WanitaDisayangiBukanDikasari 

#WanitaIKRAMMalaysia 

📍Hadiah pemenang ‘Foto Kreatif’ 

🔸3 pemenang utama : RM100 setiap satu 

🔸7 pemenang Saguhati : RM30 setiap satu 

🔸Foto yang paling kreatif akan dimuat naik oleh pihak penganjur dan akan dikongsikan di dalam FB dan IG rasmi  dan laman web Wanita IKRAM Malaysia

📍Pemilihan Pemenang: 

🔸Markah juri 

🔸Berdasarkan jumlah ‘likes’ 

🔸Keputusan adalah muktamad. 

📍Terbuka kepada semua warganegara Malaysia 18 tahun ke atas 

📍Senarai pemenang akan diumumkan semasa Webinar Wanita Disayangi Bukan Dikasari pada 5 Disember 2020

📍Dengan penyertaan ini anda bersetuju gambar anda dikongsikan di semua media sosial Wanita IKRAM Malaysia 

📍Pertanyaan : 013-326 2439 (Puan Yuzaila Yusof) 

📍Maklumat lanjut dan borang penyertaan:

🌹Terima kasih🌹

Placard seperti di bawah:

Penghasilan ‘Face shield’ Wanita IKRAM Perak dalam liputan media

Penghasilan ‘Face shield’ Wanita IKRAM Perak dalam liputan media

 Wanita IKRAM Perak menghasilkan Face Shield untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan telah mendapat liputan media TV Al Hijrah dan Perak Today.

https://www.facebook.com/IkramPerakDR/videos/729993387535728/

Sehingga kini Wanita IKRAM dari sekitar Ipoh, Tambun dan Batu Gajah telah menyerahkan sumbangan sebanyak 758 Face Shield ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP), Ipoh.1075 Face Shield lagi telah siap dihasilkan dan akan diserahkan ke hospital yang sama dalam tempoh terdekat. 350 Face Shield lagi dijangka akan dibuat untuk fasa serahan seterusnya membawa jumlah 1958 Face Shield untuk HRPB.

Selain itu, Wanita IKRAM juga telah menyumbangkan Face Shield ke fasiliti kesihatan seluruh Perak. 850 Face Shield telah disumbangkan oleh Wanita IKRAM Batang Padang ke Hospital Slim River dan 200 Face Shield ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batang Padang. 47 Face Shield telah disalurkan oleh IKRAM Teluk Intan untuk PKD Hilir Perak dan 62 Face Shield untuk Hospital Tapah dan PKD Tapah. 250 Face Shield lagi dalam proses penghasilan di Teluk Intan. Wanita IKRAM Manjung pula telah menyerahkan 300 Face Shield untuk Hospital Manjung manakala 500 Face Shield lagi sedang dalam proses penghasilan untuk disumbangkan.

Lihat Album Face Shield Project for Heroes https://www.facebook.com/pg/WanitaIkramPerak/photos/?tab=album&album_id=3798113593562979

Sumbangan Wanita IKRAM COVID-19

Sumbangan Wanita IKRAM COVID-19

Atas keprihatinan, Wanita IKRAM di negeri dan kawasan telah mengambil inisiatif untuk membantu petugas kesihatan ‘frontliners’ yang berjuang menghadapi COVID-19. Beberapa bentuk bantuan telah dihulurkan untuk meringankan beban para petugas. Antaranya, menyediakan’PPE’, ‘Face shield’ dan memberi makanan.

Selain bantuan untuk ‘frontliners’, mereka juga telah menghulurkan sumbangan kepada warga yang memerlukan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.