Islam sangat menekankan kewajipan
berbakti kepada ibu bapa baik semasa mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal
dunia. Hubungan antara anak dan ibu bapa ini telah dirakamkan di dalam pelbagai
ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
1.
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selainNya dan
hendaklah berbuat baik (ihsan) kepada
ibu bapa. Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya sudah
sampai usia tua dalam pemeliharaanmu, maka janganlah
sekali-kali kamu mengatakan kepada mereka perkataan “ah!” dan janganlah kamu
membentak mereka, ucapkanlah perkataan
yang baik-baik (qaulan kareema) kepada mereka. Dan berbaktilah (wakhfid) kepada kedua-duanya dengan penuh kasihsayang (min rahmah) dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Sayangilah kedua-dua ibu bapaku
sebagaimana mereka mendidikku ketika kecil.” (Al-Isra’ (17): 23-24)
Asas kepada hubungan dan pergaulan
anak dengan ibu bapa adalah rasa kasih sayang dan rasa hormat: ihsan, qaulan kareema, min rahmah.
2. “Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan
sesuatu pun. Dan berbuat baiklah (ihsan)
kepada kedua-dua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil
dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
sombong dan membanga diri.” (An-Nisa (4): 36)
3.
“Dan Kami wajibkan kepada manusia agar (membuat) kebaikan (husna) kepada kedua orang tuanya. Dan jika kedua-duanya
memaksamu untuk menyekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai
ilmu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepadaKu tempat kembalimu,
dan akan Aku beritahu kepada mu apa yang telah kamu lakukan.” (Al-Ankabut
(29): 8)
Ketaatan kepada ibu bapa adalah
pada perkara kebaikan yang tidak membawa kepada syirik atau melanggar
syariatNya.
4.
“Dan kami perintahkan kepada manusia
(agar berbuat kebaikan) kepada kedua orang tuanya. Ibunya mengandungkannya
dalam keadaan lemah yang tersangat-sanagt dan menyusukannya ketika usia dua
tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu
untuk menyekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu, maka
janganlah engkau mentaati keduanya, tetapi layanlah
(sahibhuma) keduanya di dunia dengan baik (ma’rufa), dan ikutilah jalan
orang yang kembali kepadaKu. Hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka akan Aku
khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Luqman (31): 14-15)
Tidak mentaati ibu bapa ketika di
suruh menyekutukan Allah, tetapi masih melayani mereka dengan baik.
4.
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Saya telah bertanya
kepada Nabi s.a.w: Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda s.a.w
menjawab: Solat pada waktunya. Beliau
bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Kemudian
berbakti (birr) kepada ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan
manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah. Beliau berkata lagi:
Baginda telah berbicara kepada sya tentang semua itu. Seandainya saya meminta
Baginda menambah lagi, pasti Baginda menambah untuk saya.”
Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
Kepentingan berbakti kepada ibu
bapa diletakkan selepas solat dan sebelum berjihad di jalan Allah.
5. “Berbaktilah kepada orang tua kalian, nescaya anak-anak kalian berbakti
kepada kalian. Jagalah kehormatan isteri orang lain, nescaya isteri kalian
terjaga kehormatannya.”
Diriwayatkan oleh At- Tabrani
dengan sanad hasan dari Ibnu Umar r.a.
Berbakti kepada ibu bapa mendapat balasan sama daripada anak-anak.
1,000 hari pertama kanak kanak ialah fasa emas bermula dari dalam kandungan seorang ibu diikuti sehingga umur 2 tahun pertama kelahiran. Memanfaatkan tempoh keemasan ini mampu membina asas kesihatan dan kesejahteraan seseorang kanak-kanak yang optimum apabila dewasa. Antara aspek penting yang diketengahkan dalam 1,000 hari pertama ialah perkembangan otak yang sihat dan kecukupan nutrisi. Kedua-dua aspek ini berkait rapat dan dibuktikan oleh kajian saintiifk.
Rajah 1 – Sumber ; The Science of Early Childhood Development by Center on Developing Child, Harvard University
Perkembangan otak bayi dan kanak-kanak
adalah sangat sensitif dalam fasa 1,000 hari pertama dan mesti diberi perhatian
penuh kerana kebolehan untuk dilentur dan dicorakkan adalah sangat tinggi. Kebolehan
ini dipanggil ‘neuroplasticity’. Mereka mudah menyimpan memori dari
perilaku atau keadaan persekitaran serta meniru semula dalam seluruh fasa
perkembangan mereka.
Rangsangan dalam pelbagai bentuk seperti perbualan,
perkataan yang digunakan, emosi dan perbuatan fizikal yang ditunjukkan atau disampaikan
kepada kanak-kanak dalam kumpulan umur ini adalah penting dan kritikal, ianya
di istilahkan sebagai ‘serve & return’ ( Rajah 1)
Dalam kata lain; pendedahan dan
ransangan positif kepada kanak kanak dalam fasa ini menyumbang kepada
perkembangan yang positif untuk kanak-kanak pada masa hadapan. Banyak kajian
saintifik membuktikan bahawa kemudaratan (adversity) atau pengalaman negatif
sebagai contoh malnutrisi ,ekspresi emosi atau tabiat ketagihan ibubapa atau
penjaga yang negatif memberi impak terus
kepada perkembangan kanak-kanak.
Oleh itu, tindakan awal memperbaiki
interaksi negatif kepada positif terhadap mereka seawal yang mungkin mampu meningkatkan potensi perkembangan dan tumbesaran
seluruh yang positif untuk kanak-kanak pada masa hadapan. (Rajah 2)
Berpandukan konsep yang terbukti
inilah, sebarang bentuk rangsangan negatif terhadap kanak-kanak di Malaysia
mestilah diperbaiki seawalnya.
Pendedahan tular seorang bayi 2 tahun
yang menghidu vape oleh ibunya haruslah membuka mata minda semua pihak terhadap
berlakunya pengabaian dan cuai dalam menyediakan persekitaran pembesaran yang
memberansangkan dengan positif.
Rajah 2- Sumber; Brain Architecture, The interactions of genes and experience shape the developing brain.
Impak
ransangan negatif pada awal perkembangan kanak-kanak.
Pendedahan vape yang berlaku terhadap
kanak-kanak berumur 2 tahun itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab
semestinya bukan gurauan yang patut di mulakan.
Risiko masalah kesihatan paru – paru
utamanya adalah tinggi buat mana-mana kanak-kanak yang terdedah awal dengan
asap rokok atau vape (second hand smoker) apatah lagi sekiranya berlaku pendedahan berterusan dengan menghisap vape itu sendiri.
Paru-paru kanak-kanak yang secara fisiologi masih belum matang, cenderung untuk
diserang penyakit asma , jangkitan paru-paru dan telinga. Oleh itu mereka sepatutnya
diberikan perlindungan serius dan proaktif.
Perbuatan tersebut juga meningkatkan
risiko normalisasi ketagihan rokok dan bahan rekrerasi lain. Memori menghisap
vape boleh tertanam dalam otak kanak-kanak yang sensitif, menjadikannya cenderung
untuk terlibat dalam ketagihan rokok atau vape apabila meningkat dewasa.
Kanak-kanak di peringkat umur ini
seharusnya di rangsang dengan interaksi positif penuh kasih sayang mesra
seperti dibacakan buku cerita untuk pemerkasaan perkembangan bahasa dan
literasi, dirangsang dengan permainan bongkah untuk rangsangan motor halus, di
ajak berlari atau berjalan, memanjat dengan selamat untuk perkembangan fizikal
yang kuat, dan paling paling interaksi penuh kasih sayang ; ‘serve &
return’ setiap masa sedaya mungkin.
Sekiranya tabiat menghidu vape ini
berterusan tanpa tindakan proaktif dan positif; mana-mana anak yang terlibat
adalah berisiko tinggi untuk masalah kesihatan yang kerap, pembantutan
perkembangan fizikal akan terkesan kerana kekerapan masalah kesihatan dan
perkembangan cognitif, sosioemosi yang tidak optimum sekaligus cenderung untuk
permasalahan interaksi sosial di masa dewasa kelak.
Pengabaian terhadap kesihatan dan perkembangan mental yang sihat wajar dilabelkan sebagai penderaan. Ini termaktub dalam Dasar Perlindungan Kanak-kanak mendifinasikan penderaan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka.
Anak – anak mesti dilindung!
Peristiwa tular bayi diberi hisap
vape ini seharusnya menggegarkan diri setiap individu. Siasatan mesti dilakukan
untuk mengenal pasti tujuan, punca dan potensi berterusannya tabiat negatif ibu
ini terhadap anaknya bagi memastikan
unsur pengabaian kronik terhadap anak tidak berlaku. Sekiranya terdapat bukti pengabaian
terhadap kesihatan dan perkembangan mental yang sihat, situasi ini wajarlah
dilabelkan sebagai penderaan. Perkara ini termaktub dalam Dasar Perlindungan
Kanak-kanak yang mendifinasikan
penderaan sebagai satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak
kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping
menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka.
Semua anak anak yang dikenal pasti mengalami pengabaian seharusnya diberi perlindungan dan intervensi mencegah isu kesihatan kemudian hari dapat dimulakan seawall mungkin. Akta 611; akta kanak kanak 2001 pindaan 2016 menyediakan panduan undang-undang yang boleh digunapakai untuk melindungi kanak-kanak yang terancam dengan penderaan dan pengabaian. Perincian akta kanak-kanak 2001 pindaan 2016 terhadap peranan ahli keluarga, pegawai perubatan dan pengasuh dalam melaporkan sebarang bentuk penderaan dan pengabaian memberi gambaran jelas bahawa setiap pihak dalam lapisan masyarakat memainkan peranan penting melindungi kanak-kanak yang diamanahkan kepadanya.
Selamatkan
dan lindungi anak – anak kita!
Sabda Rasulullah s.a.w ; Sesungguhnya
Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia
telah memeliharanya atau mensia-siakannya. Riwayat ibnu Hiban.
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke –
44 pada 20 November 1989 secara konsensus. Konvensi mengenai Hak Anak telah
dikuatkuasakan pada 2 September 1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh 20
negara.
Empat hak kanak-kanak yang perlu
dipenuhi oleh orang dewasa adalah hak kehidupan, hak perkembangan, hak
perlindungan dan hak penyertaan.
Hak anak untuk kehidupan yang sihat
sejahtera sebaiknya bebas asap pencemar udara, rokok dan vape, hak peluang pemerkasaan perkembangan emosi
mental yang optimum bebas kemurungan, hak perlindungan dari eksploitasi dalam
pelbagai bentuk termasuklah pendedahan vape di awal 2 tahun dan hak penyertaan
untuk bebas bermain sambil belajar dalam kalangan rakan sebaya sesuai mengikut
umur sebagai latihan interaksi sosial yang positif mesti diberi perhatian
serius.
Hak kanak kanak di atas mestilah
diamati dan digerakkan langkah proaktif dan praktikal oleh pembuat polisi ,
agensi perundangan, golongan pendidik dalam pelbagai peringkat, ketua
masyarakat/komuniti yang prihatin dan paling dekat dan penting pada
kanak-kanak, tunjang utama sesebuah unit masyarakat iaitu ibu bapa sesuatu
keluarga.
Kanak-kanak adalah aset & amanah penting
negara. Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2019 menyatakan dianggarkan
terdapat 9.3 juta kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah bersamaan hampir
30% dari penduduk di negara ini. Kanak-kanak ini lah yang bakal mencorakkan
kesejahteraan kepimpinan negara seterusnya. Gandingan bahu seluruh lapisan
masyarakat ke arah pembinaan generasi yang lebih baik adalah pelaburan terbaik
yang masing-masing kita mesti kita usahakan.
Dr Nur Athira Binti Muhamad Yunus
Pegawai Perubatan
Pelajar tahun pertama Sarjana
Pendidikan Awal Kanak-kanak,
OUM ( kampus Seremban )
Sukarelawan Sayangi & Lindungi Anak-Anak Malaysia (SALAM)
Vape ; anak itu amanah ollen Roselinee Mohammad Radzi Jawatankuasa
Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
(IKRAM)Negeri Selangor;
https://malaysiagazette.com/2021/05/17/vape-anak-itu-amanah/
Analisis terhadap Statistik Kanak-Kanak yang Memerlukan Pemeliharaan
& Perlindungan di Malaysia , https://wanita.ikram.org.my/2021/05/09/analisis-terhadap-statistik-kanak-kanak-yang-memerlukan-pemeliharaan-perlindungan-di-malaysia/