8 tip ibu bekerja dari rumah

8 tip ibu bekerja dari rumah

Susulan penularan pandemik COVID-19 yang memerlukan negara di serata dunia termasuk Malaysia untuk menyekat pergerakan atau interaksi rakyat masing-masing demi membendung penyebaran virus tersebut, maka pelbagai tindakan diambil.

Antaranya sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin berkuat kuasa pada Rabu lalu 18 Mac, sektor awam dan swasta mengarahkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

Selanjutnya di: https://www.ikram.org.my/component/k2/item/3907-8-tip-ibu-bekerja-dari-rumah.html

Perintah Kawalan Pergerakan: Apa khabar mereka?

Perintah Kawalan Pergerakan: Apa khabar mereka?

Perintah Kawalan Pergerakan : Kita risaukan keadaan mangsa keganasan rumah tangga.

Bagi orang yang mengalami keganasan rumah tangga, Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penyebaran COVID-19 telah menyebabkan mereka terperangkap di rumah bersama pelaku keganasan dan terasing dari orang dan sumber yang dapat membantu mereka.

Di China, bilangan kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada polis tempatan meningkat tiga kali ganda pada bulan Februari berbanding tahun sebelumnya, menurut Aktivis mengatakan ini adalah hasil daripada perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Anita Bhatia, Timbalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu Majalah TIME : “Sementara kita benar-benar menyokong keperluan untuk mengikuti langkah-langkah “lockdown’ dan pengasingan sosial ini, kita juga menyedari bahawa ia memberi peluang kepada untuk pelaku melepaskan lebih banyak keganasan.”

Satu daripada tiga wanita di dunia mengalami keganasan fizikal atau seksual sepanjang hayat mereka, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjadikannya “yang paling meluas tetapi antara pelanggaran hak asasi manusia yang paling kurang dilaporkan.”

Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) memberikan sepenuh komitmen untuk menangani isu ini dan memberi bantuan kepada wanita dan kanak-kanak yang terkesan. Di waktu kita merasa perintah kawalan pergerakan ini, masa rehat-rehat kita bersama keluarga, ada anak-anak yang menangis ketakutan dan isteri yang dipukul berulang kali.

Sentiasa prihatin dan ambil kisah keadaan keluarga dan jiran kita. Tanyakan perihal mereka dan hulurkan bantuan semampunya.

Jika anda mempunyai kenalan atau anda sendiri terkesan akan isu ini, Hubungi Talian Whatsapp Hotline Teratai : 011-57695171. Pegawai kami akan membantu anda.

Kanak-kanak dan wanita yang terkesan mengalami kecederaan yang serius secara fizikal dan mental. Ayuh bersama kami membantu dan melindungi mereka. Hulurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Islamic Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam : 5622 6355 1911

Terima kasih kakitangan KKM, rakyat perlu ubah gaya hidup

Terima kasih kakitangan KKM, rakyat perlu ubah gaya hidup

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
16 Mac 2020M / 21 Rejab 1441H

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kakitangan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani kes COVID-19.

IKRAM amat menghargai khidmat cemerlang pasukan KKM di barisan hadapan. Selain berdepan risiko jangkitan, mereka pasti keletihan, tiada cuti dan tiada rehat.

IKRAM menyeru rakyat Malaysia supaya bersolidariti dan bekerjasama untuk mengawal jangkitan serta tidak memburukkan keadaan.

Rakyat perlu berkorban dengan mengubah gaya hidup untuk sementara waktu demi menyumbang kepada kawalan virus ini.

Rakyat perlu mengurangkan pergerakan, percutian, perjalanan dan perjumpaan atau perhimpunan yang melebihi 20 orang.

Untuk sepenuhnya: https://www.ikram.org.my/berita/kenyataan-media/item/3896-terima-kasih-kakitangan-kkm-rakyat-perlu-ubah-gaya-hidup.html

Wanita Seimbang Keluarga Sejahtera

Wanita Seimbang Keluarga Sejahtera

Pelbagai cara meraikan hari-hari yang istimewa antaranya Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan NGO seperti Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) tidak terkecuali menyambutnya untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita dalam pembangunan masyarakat.

Pada tahun ini, tema sambutan Hari Wanita Sedunia iaitu ‘Seimbang Untuk Sejahtera’ telah dipilih bagi mengangkat kepentingan bergerak secara kolektif ke arah mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek yang membantu meningkatkan kesejahteraan wanita.

Untuk sepenuhnya di sini: https://ikram.org.my/component/k2/item/3892-wanita-seimbang-keluarga-sejahtera.html

Wanita Pelengkap Kesejahteraan Negara

Wanita Pelengkap Kesejahteraan Negara

SERI KEMBANGAN – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru wanita Malaysia agar berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berterusan untuk pemberdayaan diri di samping membantu wanita-wanita lain yang terpinggir.

“Usaha pemberdayaan wanita untuk setiap lapisan masyarakat merentasi usia dan sempadan geografi perlu dijayakan oleh semua pihak,” kata Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dalam ucapan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 pada Ahad lalu.

Beliau yakin dengan meningkatnya penglibatan wanita dalam semua bidang khususnya dalam peringkat pembuat keputusan, ia dapat membantu menyelesaikan isu-isu wanita.

Namun jelasnya, dalam kerangka perjuangan membela nasib wanita, perlu dilihat bukan sahaja daripada prinsip kesamarataan atau kesetaraan (equality) tetapi ia juga dari sudut kesaksamaan dan keadilan (equity).

Sepenuhnya klik di sini: https://ikram.org.my/berita/item/3891-wanita-pelengkap-kesejahteraan-negara.html