Perintah Kawalan Pergerakan: Apa khabar mereka?

Perintah Kawalan Pergerakan : Kita risaukan keadaan mangsa keganasan rumah tangga.

Bagi orang yang mengalami keganasan rumah tangga, Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penyebaran COVID-19 telah menyebabkan mereka terperangkap di rumah bersama pelaku keganasan dan terasing dari orang dan sumber yang dapat membantu mereka.

Di China, bilangan kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada polis tempatan meningkat tiga kali ganda pada bulan Februari berbanding tahun sebelumnya, menurut Aktivis mengatakan ini adalah hasil daripada perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

Anita Bhatia, Timbalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu Majalah TIME : “Sementara kita benar-benar menyokong keperluan untuk mengikuti langkah-langkah “lockdown’ dan pengasingan sosial ini, kita juga menyedari bahawa ia memberi peluang kepada untuk pelaku melepaskan lebih banyak keganasan.”

Satu daripada tiga wanita di dunia mengalami keganasan fizikal atau seksual sepanjang hayat mereka, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjadikannya “yang paling meluas tetapi antara pelanggaran hak asasi manusia yang paling kurang dilaporkan.”

Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) memberikan sepenuh komitmen untuk menangani isu ini dan memberi bantuan kepada wanita dan kanak-kanak yang terkesan. Di waktu kita merasa perintah kawalan pergerakan ini, masa rehat-rehat kita bersama keluarga, ada anak-anak yang menangis ketakutan dan isteri yang dipukul berulang kali.

Sentiasa prihatin dan ambil kisah keadaan keluarga dan jiran kita. Tanyakan perihal mereka dan hulurkan bantuan semampunya.

Jika anda mempunyai kenalan atau anda sendiri terkesan akan isu ini, Hubungi Talian Whatsapp Hotline Teratai : 011-57695171. Pegawai kami akan membantu anda.

Kanak-kanak dan wanita yang terkesan mengalami kecederaan yang serius secara fizikal dan mental. Ayuh bersama kami membantu dan melindungi mereka. Hulurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Islamic Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam : 5622 6355 1911

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *