SAYANGI & LINDUNGI ANAK-ANAK MALAYSIA (SALAM)
Selama lebih tiga dekad, Malaysia mengalami pembangunan ekonomi pesat yang membawa kepada urbanisasi dan peningkatan penduduk di kawasan bandar. Hal ini menyebabkan pertumbuhan perumahan strata yang tinggi, namun turut menimbulkan isu sosial yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, terutamanya kanak-kanak.
Limitasi ruang sosial boleh mengganggu perkembangan holistik kanak-kanak, yang perlu diberi perhatian serius selaras dengan agenda MADANI kerajaan. Fokus ini selaras dengan beberapa matlamat dalam United Nations Sustainable Development Goals 2030 dan dasar-dasar negara yang bertujuan mencipta komuniti yang inklusif dan berdaya huni.
Pada tahun 2021, Wanita IKRAM melancarkan kempen SALAM “Sayangi dan Lindungi Anak-anak Malaysia”, dengan mewujudkan pembangunan Ruang SALAM sebagai penyelesaian untuk menjamin perkembangan positif kanak-kanak melalui pembinaan fizikal dan psiko-sosial serta kolaborasi pelbagai pihak.
Inginkan bekerjasama dengan kami? Atau inginkan ruang SALAM di tempat anda? Hubungi kami.