SAYANGI & LINDUNGI ANAK-ANAK MALAYSIA (SALAM)

SAYANGI DAN LINDUNGI ANAK - ANAK MALAYSIA

Selama lebih tiga dekad, Malaysia mengalami pembangunan ekonomi pesat yang membawa kepada urbanisasi dan peningkatan penduduk di kawasan bandar. Hal ini menyebabkan pertumbuhan perumahan strata yang tinggi, namun turut menimbulkan isu sosial yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, terutamanya kanak-kanak.

Limitasi ruang sosial boleh mengganggu perkembangan holistik kanak-kanak, yang perlu diberi perhatian serius selaras dengan agenda MADANI kerajaan. Fokus ini selaras dengan beberapa matlamat dalam United Nations Sustainable Development Goals 2030 dan dasar-dasar negara yang bertujuan mencipta komuniti yang inklusif dan berdaya huni.

Pada tahun 2021, Wanita IKRAM melancarkan kempen SALAM “Sayangi dan Lindungi Anak-anak Malaysia”, dengan mewujudkan pembangunan Ruang SALAM sebagai penyelesaian untuk menjamin perkembangan positif kanak-kanak melalui pembinaan fizikal dan psiko-sosial serta kolaborasi pelbagai pihak.

Inginkan bekerjasama dengan kami? Atau inginkan ruang SALAM di tempat anda? Hubungi kami. 

AKTIVITI TERKINI SALAM

INSIGHT Episod 3: Pesara Guru Mengajar Ibu Bapa

Episod 3 INSIGHT telah disiarkan pada 3 September 2021. Anak-anak yang cemerlang lahir daripada ibu bapa yang cemerlang. Meski bukannya ...

Episod Kedua INSIGHT – SALAM

Kanak-kanak memang suka bermain dan meneroka pelbagai perkara bersama kawan-kawan, namun disebabkan PKP ini semua aktiviti menjadi terhad dan terkawal ...

INSIGHT bersama Wanita IKRAM di TV IKRAM

Sukacita Wanita IKRAM Malaysia dengan kerjasama TV IKRAM, membawakan satu segmen baharu iaitu INSIGHT. Segmen ini akan membawakan pelbagai topik ...

Kes penderaan kanak-kanak

Photo by Lucas Metz on Unsplash Penderaan Kanak-kanak ...

Vape kepada bayi; abai & cuai yang perlu diatasi

1,000 hari pertama emas kanak kanak 1,000 hari pertama kanak kanak ialah fasa emas bermula dari dalam kandungan seorang ibu ...