Forum Kesejahteraan Keluarga: “Mental Sihat Keluarga Bahagia”

Forum Kesejahteraan Keluarga: “Mental Sihat Keluarga Bahagia”

Wanita IKRAM Pusat telah berpeluang memenuhi jemputan ke Forum Kesejahteraan Keluarga: “Mental Sihat Keluarga Bahagia” pada 11 Disember 2019 di Hotel De Palma Shah Alam.

Forum ini adalah anjuran WADAH (Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)

Wanita IKRAM diwakili oleh Dr Diana Katiman dan Hjh. Haliza

Kunjung hormat ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kunjung hormat ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Wanita IKRAM Pusat amat berbesar hati dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana sudi menerima kunjungan JK Wanita IKRAM Pusat pada Isnin 26 Ogos 2019 di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Wanita IKRAM Pusat Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh. Bersama-sama beliau adalah Timbalan Ketua Wanita, Penolong Setiausaha dan juga Ketua Wanita IKRAM Lembah Pantai Wilayah Pesekutuan KL

Antara perkara yng dibincangkan adalah:

1. Piagam wanita Islam iaitu satu cadangan untuk
meningkatkan kefahaman semua masyarakat
2. Isu lelaki pelindung wanita dan keluarga
3. Isu pembelaan wanita yang menghadapi keganasan
rumahtangga

Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57 (NCWO)

Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57 (NCWO)

JK Wanita IKRAM Pusat telah berkesempatan menghadiri Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57 anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bertempat di Hotel Sunway Putra pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) yang lalu.

Majlis ini telah dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Turut hadir bersama adalah dua anakanda baginda iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hannah Yeoh. Majlis yang meriah ini berjalan lancar dengan kehadiran 600 ahli NCWO seluruh negara.

Pada kesempatan yang bermakna ini, Puan Hannah Yeoh turut melancarkan kempen Keluarga Sejahtera sempena tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini iaitu Wanita Tonggak Keluarga dan Negara Sejahtera. Semoga kerjasama padu antara wanita IKRAM dan NCWO dapat terus dikekalkan demi masyarakat sejahtera