Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh bersama Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat sempat melapangkan masa hadir ke majlis Minum Petang Meraikan Penerima Anugerah Womani 2019- Wanita Paling Berpengaruh dalam Kewangan Islam anjuran Khadijah International Waqf (L) Foundation yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Hjh Fuziah Salleh pada 31 Julai 2019 di Hotel Tenera Bangi, Selangor.
7 Tips mendidik anak menghayati Sunnah Nabi s.a.w.
7 Tips bagaimana mendidik anak menghayati Sunnah Nabi s.a.w.
Sempena bulan kelahiran Nabi kita, Muhammad s.a.w. dan dalam kemeriahan kita mengadakan pelbagai acara sambutan, mari kita tingkatkan penghayatan Sunnahnya dan terapkan ajaran Baginda ke dalam diri anak-anak supaya mereka membesar dengan siraman cinta kepada Baginda s.a.w.
1. Ketika anda menyikat rambutnya, bisikkan bahawa kita menyikat rambut kerana Nabi s.a.w. berpesan, “Sesiapa yang mempunyai rambut, hendaklah dia memuliakan rambutnya (dengan membersih, menyikat dan merapikannya)” HR Abu Daud
2. Ketika anda meletakkan wangian di badannya, katakan padanya bahawa anda berbuat demikian kerana mengikuti Sunnah Nabi s.a.w. Baginda pernah memberitahu, “Perkara yang aku cinta/suka di dalam dunia ini ialah minyak wangi dan wanita. Dan aku mendapat ketenangan hati di dalam solat.” HR An-Nasaei
3. Ketika anda menghantarnya ke sekolah, ingatkan dia sabda Baginda s.a.w. “Sesiapa yang berjalan di suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah mudahkan untuknya satu jalan ke syurga.” HR At-Tirmizi
4. Ketika anda senyum melihatnya, beritahu bahawa itu adalah sedekah kerana Nabi s.a.w. bersabda, “Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah.” HR At-Tirmizi
5. Ketika anda menuangkan makanan atau minuman ke dalam pinggan atau cawannya, katakan bahawa anda melakukan perkara yang disuruh oleh Baginda s.a.w. “Engkau menuangkan air dari bekasmu ke dalam bekas saudaramu adalah sedekah.” HR Al-Baihaqi
6. Ketika anda memuji kebaikannya, katakan bahawa Nabi s.a.w. suka percakapan yang baik-baik, “Dan kalimah / perkataan yang baik itu sedekah.” HR Al-Bukhari
7. Ketika anda bersama dengannya di dalam sesuatu majlis, ajarlah supaya dia menghormati orang dewasa dan beritahu bahawa ia merupakan akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang dewasa.” HR Abu Daud
Banyak lagi hadis-hadis yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh diterapkan secara langsung atau tidak langsung. Yang penting sentiasa cuba kaitkan amalan kita dengan ajaran Baginda s.a.w.
Untuk itu, banyakkan mempelajari hadis-hadis.
Ustazah Maznah Daud (Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM)
https://www.facebook.com/1238476133/posts/10221687596079356/
Taklimat Cadangan Akta Perlindungan Gangguan Seksual
Ketua Wanita, Ustazah Hajah Sallawahiu Mohd Salleh hadir ke Taklimat Cadangan Akta Perlindungan Gangguan Seksual anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Banquet, Parlimen hari ini.
Kunjung hormat ke Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM
Kunjungan hormat Wanita IKRAM Pusat ke Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM pada 20 November 2019
Majlis Pelancaran Deklarasi Keluarga Malaysia
Wanita IKRAM Pusat menerima jemputan ke Majlis Pelancaran Deklarasi Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh TPM kita YAB Dato’ Seri Dr.Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Majlis diadakan di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) pada 25 November 2019
Penyusuan Susu Ibu
Prof. Madya Dr. Zaharah Sulaiman, Ketua Wanita IKRAM Kelantan