Mahligai Cinta Perdana Raikan 34 Pasangan Pengantin

Mahligai Cinta Perdana Raikan 34 Pasangan Pengantin

Kepimpinan Wanita IKRAM telah menghadiri Majlis Resepsi Mahligai Cinta Perdana yang diadakan pada 30 November 2024, yang telah berlangsung meriah dengan meraikan seramai 34 pasangan pengantin di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.

mahligai cinta perdana wanita ikram lppkn Datuk Seri Nancy Shukri

Majlis anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri.

mahligai cinta perdana wanita ikram hajah nancy shukri ustazah sallawahiu

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam ucapan beliau, YB Dato’ Sri Hajah Nancy menegaskan bahawa penganjuran majlis ini bertujuan memartabatkan institusi perkahwinan sekaligus menggalakkan lebih ramai individu untuk mendirikan rumah tangga.

Beliau turut mengulas cabaran yang dihadapi keluarga di Malaysia, seperti kesukaran mengimbangkan masa bersama keluarga, kestabilan kewangan, kos sara hidup yang meningkat, dan penurunan nilai-nilai murni dalam institusi keluarga.

Statistik Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan penurunan bilangan perkahwinan sebanyak 12.5%, iaitu daripada 215,022 pada tahun 2022 kepada 188,100 pada tahun 2023. Masalah kewangan, kekurangan calon yang sesuai, dan fokus kepada kerjaya dikenal pasti sebagai punca utama golongan muda menangguhkan perkahwinan atau memilih untuk tidak berkahwin.

Sebagai langkah proaktif, KPWKM melalui LPPKN telah memperkenalkan Kursus Pra Perkahwinan SMARTSTART 2.0. Kursus ini, yang telah diadakan secara dalam talian dan fizikal pada 16 dan 23 November yang lalu, bertujuan memberi persediaan kepada pasangan untuk memahami peranan masing-masing, mengurus konflik keluarga dengan bijaksana, serta mengukuhkan institusi perkahwinan bagi mengelakkan risiko perceraian.

mahligai cinta perdana wanita ikram hajah nancy shukri ustazah sallawahiu pasangan

Turut hadir pada Majlis Resepsi Mahligai Cinta Perdana adalah Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, Puan Juwairiya Zulkifli, Timb. Pengerusi LPPKN, Hj Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Hj Badlishah Sham Baharin, Presiden IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Ketua Wanita IKRAM, Dr Ani Ahmad, Yang Dipertua MPAJ, Puan Rosmonaliza Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN dan pegawai-pegawai kanan kementerian serta agensi.

Wanita IKRAM mendoakan pasangan yang diraikan dapat merasai detik perkahwinan yang indah dan majlis ini dapat mengukuhkan institusi perkahwinan di Malaysia.

Sumber foto: LPPKN

Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa

Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa

Seremban – Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Ketua Wanita IKRAM Malaysia telah hadir ke Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa pada 5 Oktober 2024 di Masjid Sri Sendayan.

Turut hadir merasmikan dan memeriahkan program ini, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan (KASIH Malaysia), YABhg. Datin Seri Wan Hasni, Yang diPertua BAKRIYAH Negeri Sembilan dan YBhg. Puan Sri Hani, wakil Pengerusi Masjid Sri Sendayan.

Program ini telah menarik minat ramai peserta, terutamanya dalam kalangan wanita bekerjaya, suri rumah, pelajar, golongan muda dan tua. Seramai hampir 2000 orang peserta telah hadir untuk memeriahkan suasana dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Program telah dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha & Bacaan Al-Mathurat Sughra, dan kemudian diteruskan lagi dengan slot tadabbur Surah Al-Insyirah bersama Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan Forum Kesedaran Kesihatan Mental oleh Moderator Puan Dzilal Abdul Aziz (Kaunselor Klinik Psikologi Azlina dan Pengurus Rumah Perlindungan Teratai) dan panel-panel jemputan iaitu Dr. Alizi bin Alias (Pengerusi Psikospiritual Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Pakar Psikologi Organisasi) dan Tuan Haji NorAzman Amat (Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS dan Kaunselor Berdaftar). Terdapat juga Klinik Kaunseling disediakan dan reruai yang menarik.

Program ini merupakan anjuran bersama πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚, ππ€πŠπ‘πˆπ˜π€π‡, dengan kerjasama π–πšπ§π’π­πš πˆπŠπ‘π€πŒ 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚 dan 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐒𝐝 𝐒𝐫𝐒 π’πžπ§ππšπ²πšπ§ bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024.Β Semoga Allah swt memberkati segala usaha kita dan mengurniakan ganjaran yang setimpal insyaAllah.

 

Sekitar Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa

Kesihatan mental terjejas juga punca perceraian

Kesihatan mental terjejas juga punca perceraian

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut mengesan isu kesihatan mental antara faktor peningkatan kes keruntuhan rumah tangga pasangan beragama Islam di negara ini.

Ketua Wanita IKRAM Pusat, Sallawahiu Mohd Salleh, mendedahkan talian kaunseling diselenggara pertubuhan itu dengan kerjasama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) menerima sebanyak 630 panggilan membabitkan pelbagai kes termasuk isu rumah tangga sejak 2020.

“Pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada institusi rumah tangga termasuk pasangan beragama Islam.

Selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/864867/kesihatan-mental-terjejas-juga-punca-perceraian