Bengkel Penulisan Teknik Adaptasi

Bengkel Penulisan Teknik Adaptasi

Semalam, 29 Ogos 2021 telah berlangsung satu program, ‘Bengkel Penulisan Teknik Adaptasi’ yang dikendalikan oleh Dr Umi Kathum Ngah secara online.

Bengkel ini adalah anjuran bersama Wanita IKRAM Malaysia dan Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PenaWan). Seramai lebih 80 peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh telah memberi satu ucapan aluan yang memotivasikan peserta bengkel.

Program yang bermula dari pukul 8.45 pagi hingga 12.30 tengahari telah diisi dengan penyampaian oleh Dr Umi tentang penulisan secara plagiat dan teknik penulisan adaptasi yang betul. Peserta-peserta juga dikehendaki berbincang secara berkumpulan dan juga berkongsi penulisan ‘spontan’ secara individu.

Bengkel tersebut telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh IR Hajah Endok Sempo, Pengerusi PenaWan.

Forum ‘Online’

Forum ‘Online’

Gangguan seksual satu isu serius, ia bukan satu bahan lawak atau gurauan. Lebih parah apabila ia terjadi di sekolah.Seserius mana isu ini? Bagaimana seharusnya masyarakat berperanan dalam membendung isu ini? Adakah sudah cukup sistem pendidikan yang ada untuk menanganinya?

Menampilkan –

Pengacara : Ir Mazura Nor Zulkifli Ahli Panel :

1. Dr Zaharah Sulaiman , Pensyarah Perubatan , Unit Perkembangan Kesihatan Wanita , Pusat Pengajian Sains Perubatan USM.

2. Puan Dzilal Abd Aziz, Kaunselor , Pengurus Rumah Teratai

3. Lt Kol.(Mustaffa Bin Ahmad , Naib Presiden Kanan, Outreach & Pembangunan Kapasiti , CyberSecurity Malaysia

Penganjur : Pertubuhan Ikram Malaysia , CyberSecurity Malaysia dan Persatuan Penduduk Taman Ukay Bistari

Program: Webinar Wanita Disayangi Bukan Dikasari

Program: Webinar Wanita Disayangi Bukan Dikasari

Wanita IKRAM Malaysia membawakan sebuah Webinar dalam usaha mengajak setiap individu untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.

Webinar yang bertajuk ‘Wanita Disayangi Bukan Dikasari’ telah diadakan pada 5 Disember 2020 dengan barisan panelis bersama tajuk-tajuk seperti berikut:

Akta Berkaitan Isu Keselamatan Wanita
Oleh Dr Raja Kamariah Binti Raja Mohd Khalid (Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi JPW, KPWKM)

Peranan NGO Dalam Isu Keselamatan Wanita
Oleh En. Yu Ren Chung (Pengarah Advokasi WAO)

Nasihat Kepada Si Pelaku
Oleh YAA Dato’ Dr. Mohd Naim Mokhtar (Ketua Pengarah JKSM)

Rumah Perlindungan – Tempat Berteduh Sementara
Oleh Puan Azlina @Roszy Mohd Ghaffar (Pengerusi TERATAI)

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM Malaysia iaitu Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh.

Wanita IKRAM Malaysia inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan panelis dan juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

https://fb.watch/2qL_H1oF9c/

Mesyuarat Agung PENAWAN (Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional) kali ke-1

Mesyuarat Agung PENAWAN (Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional) kali ke-1

Ketua Wanita IKRAM Pusat, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh telah merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 1 Ngo Penawan (Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional) pada Sabtu 15 Februari 2020.

Mesyuarat itu telah diadakan di Al-Amin Oasis Training Centre, Melawati, dari 9.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari dengan bilangan kehadiran seramai 21 orang.

Sesi Perkongsian dan Mesyuarat Agung Tahunan MAP

Sesi Perkongsian dan Mesyuarat Agung Tahunan MAP

Wanita IKRAM Pusat telah menghadiri jemputan ke sesi perkongsian dan Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Against Pornography (MAP) pada Sabtu, 18 Januari 2020 bertempat di Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia Pusat, Seri Kembangan.

Sesi perkongsian bertemakan ‘Pendidikan Seksual dan Reproduksi’ telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj.