Majlis Penutup Kempen “Gangguan Seksual Katakan TIDAK!”

Majlis Penutup Kempen “Gangguan Seksual Katakan TIDAK!”

Majlis Penutup Kempen “Gangguan Seksual Katakan TIDAK!” anjuran bersama Wanita IKRAM, Gerakan Tampil Bersuara dan Harmoni Malaysia telah berlangsung pada Sabtu 8 Januari 2022, 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Program telah disiarkan secara ‘Live’ di YouTube TV IKRAM, Facebook Wanita IKRAM Malaysia, Facebook IKRAM Malaysia dan Facebook Tampil Bersuara.Acara yang telah dijalankan adalah:

i) Ucapan dari penganjur bersama:

PM Dr Roohaida Othman, Pengarah Kempen (Naib Ketua Wanita 1, Wanita IKRAM Malaysia)

Cik Nur Najihah Muhaimin, Pengarah Bersama (Tampil Bersuara)

Cik Nur Syakirah Romli, Naib Presiden 2 (Ketua Siswi, Harmoni Malaysia)

ii) Temubual “Kempen Gangguan Seksual Katakan Tidak” bersama Puan Dzilal Abd Aziz (Kaunselor, Pengurus Rumah Teratai)

iii) Pengumuman Pemenang Pertandingan Menulis Artikel Informatif

iv) Pengumuman Jumlah Langkah #virtualtealwalkchallenge yang bersama menyokong Kempen Gangguan Seksual Katakan Tidak!

Jom Sertai Teal Challenge

Jom Sertai Teal Challenge

|| Kempen Gangguan Seksual Katakan TIDAK || 

Jom Sertai Teal Challenge sempena Kempen Gangguan Seksual Katakan TIDAK anjuran Wanita IKRAM Malaysia.

1. Cetak plakad dan ambil gambar anda dengan berpakaian warna teal bersama plakad Gangguan Seksual Katakan TIDAK!

atau 

 2. Ambil gambar dengan memakai baju warna teal bersama 

kertas A4. Muat turun plakad dan edit plakad dalam gambar.

atau

 3. Ambil gambar dengan memakai pakaian berwarna teal. 

 Muat naik gambar tersebut ke media sosial anda.

Tag Wanita IKRAM Malaysia dan gunakan hashtag #gskatakantidak dan #gangguanseksual. 

 Jom “Teal” kan wall kita dengan post gambar anda dan tunjukkan sokongan untuk kempen ini bersama. 

#gskatakantidak

#gangguanseksual

Pelancaran Kempen Gangguan Seksual Katakan TIDAK

Pelancaran Kempen Gangguan Seksual Katakan TIDAK

Peningkatan kesedaran mengenai ancaman gangguan seksual adalah kunci utama dalam memerangi jenayah ini!.

Ayuh bersama ke Majlis Pelancaran Kempen “Gangguan Seksual Katakan TIDAK!” anjuran bersama Wanita IKRAM dan Gerakan Tampil Bersuara.

  • 25 November 2021 (Khamis)
  • 11 pagi – 12 tengahari

LIVE Di :

  • YouTube TV IKRAM
  • Facebook Wanita IKRAM Malaysia
  • Facebook IKRAM Malaysia

ACARA MENARIK

  • RM300 e-wallet untuk dimenangi!
  • Temubual “Kempen Gangguan Seksual Katakan Tidak” bersama Dr Roohaida Othman (Pengarah Kempen GS Katakan TIDAK!) dan Cik Najihah Muhaimin (Pengarah Bersama Gerakan Tampil Bersuara)
  • Perkongsian Hasil Survey – Isu Gangguan Seksual di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai!

Pelancaran Sambutan Hari Kanak-Kanak 2021

Pelancaran Sambutan Hari Kanak-Kanak 2021

Pada 20 Nov, sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, telah berlangsung secara ‘online’ Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanak-kanak 2021 anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Wanita IKRAM Malaysia, SALAM dan KIND.

Antara acara yang telah dijalankan adalah:

1. Kuiz Live SALAM bernilai RM300 e-wallet.

2. Ucapan Ketua Wanita IKRAM dan Pemasyhuran Pertubuhan Kanak-kanak Idaman Nasional (KIND).

3. Pemakluman Pemenang Pertandingan. 

4. Perkongsian Hasil Kajian – Isu Perlindungan Kanak-Kanak Di Malaysia : Dr Abd Rahman Ahmad Badayai.

5. Temu Bual ‘Anak Kita Masa Depan Kita’ bersama Prof Madya Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Pesuruhjaya SUHAKAM.

INSIGHT: Episod 6: Kasih Bapa

INSIGHT: Episod 6: Kasih Bapa

Ada tanggapan bahawa tugas mendidik anak bukanlah tugas bapa, sebaliknya ia adalah tugas ibu. Ini menyebabkan ada sebilangan golongan bapa yang ‘berlepas tangan’ dan menyerahkan sepenuhnya urusan mendidik ini kepada si ibu. 

Bagaimana bapa mampu mencorak peribadi anak-anak? 

Saksikan Episod Keenam INSIGHT – SALAM  bersama mengupas tentang peranan bapa dalam pendidikan anak-anak.  

INSIGHT: Episod 6: Kasih Bapa

🧕🏻Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan (Pensyarah, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UPSI)

🧕🏻Ustaz Zainal Abidin Abd Rahim (Hos Insight-Salam)

🗓️ Jumaat, 15 Oktober 2021

⏰ 9.00 Malam

🎦 TV IKRAM

🎥 FB Wanita IKRAM Malaysia

https://www.facebook.com/296975890384137/posts/4404809492934069/

LIKE dan SHARE!

Subscribe >> https://youtube.com/c/ikrammalaysiaTV

INSIGHT: Episod 5: Sayang Anak Tangan-tangankan: Didik atau Dera?

INSIGHT: Episod 5: Sayang Anak Tangan-tangankan: Didik atau Dera?

Kita biasa mendengar ungkapan jika sayangkan anak ‘tangan-tangankan’ iaitu diberi hukuman supaya mereka dapat dididik untuk mengikut arahan dan tidak melakukan kesilapan. 

Namun sejauh mana keberkesanan hukuman kepada anak-anak? 

Apakah salah memberi hukuman kepada anak atas dasar menyayangi mereka? 

Saksikan Episod Kelima INSIGHT – SALAM  bersama  mengupas tentang mengenakan hukuman sebagai satu cara mendidik anak-anak. 

INSIGHT: Episod 5: Sayang Anak Tangan-tangankan: Didik atau Dera? 

🧕🏻Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (Pesuruhjaya Kanak-kanak, SUHAKAM)

🧕🏻Puan Nur Amirah Mohd Pauzi (Hos Insight-Salam)

🗓️ Jumaat, 1 Oktober 2021

⏰ 9.00 Malam

🎦 TV IKRAM

🎥 FB Wanita IKRAM Malaysia

LIKE dan SHARE!

Subscribe >> https://youtube.com/c/ikrammalaysiaTV