Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mahu menolong saudaranya.” (HR. Muslim)
Bantuan berupa kewangan dan barang-barang keperluan harian disumbangkan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan terkesan dengan PKP.
Sebagai contoh, sumbangan sebanyak 360 bungkusan beras daripada ahli-ahli Wanita IKRAM Melaka telah diberikan untuk projek ‘Food Bank’. Selain daripada itu, beras yang dibungkus 2 kg setiap pek itu juga diagihkan kepada pihak Gedung Rezeki Ayer Molek, Team Telok Mas dan Food Bank Petronas Tangga Batu untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.
Gangguan seksual satu isu serius, ia bukan satu bahan lawak atau gurauan. Lebih parah apabila ia terjadi di sekolah.Seserius mana isu ini? Bagaimana seharusnya masyarakat berperanan dalam membendung isu ini? Adakah sudah cukup sistem pendidikan yang ada untuk menanganinya?
Menampilkan –
Pengacara : Ir Mazura Nor Zulkifli Ahli Panel :
1. Dr Zaharah Sulaiman , Pensyarah Perubatan , Unit Perkembangan Kesihatan Wanita , Pusat Pengajian Sains Perubatan USM.
2. Puan Dzilal Abd Aziz, Kaunselor , Pengurus Rumah Teratai
3. Lt Kol.(Mustaffa Bin Ahmad , Naib Presiden Kanan, Outreach & Pembangunan Kapasiti , CyberSecurity Malaysia
Penganjur : Pertubuhan Ikram Malaysia , CyberSecurity Malaysia dan Persatuan Penduduk Taman Ukay Bistari
Sembang
Santai Ekonomi Keluarga dengan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Sedar tak
sedar, sudah lebih setahun kita lalui pandemik Covid 19. Saya masih ingat lagi
apabila bulan Mac 2020 saya menawar khidmat perkongsian cara-cara menangani
kewangan keluarga supaya ada yang dapat manfaat dari perkongsian tersebut.
Maka stesen
radio, TV, wartawan akhbar, majalah semua inginkan pandangan supaya dapat
disebarkan lebih meluas. Bukan kerana inginkan populariti atau kejar glamor
tetapi rasa kebertanggungjawaban atas kurniaan Allah Swt ke atas diri sendiri
sedikit ilmu untuk berkongsi.
Satu
undangan oleh RTM saya terima untuk mengisi slot bantuan prihatin yang kerajaan
mula umumkan. Sewaktu menunggu slot saya, sempat saya berbincang dengan wakil
ejensi kerajaan yang berkongsi kisah sedih tentang seorang suami kepada
pramugari yang membunuhnya akibat tekanan kewangan. Terkejut dan begitu
terkesan saya mendengar cerita yang dikongsi beliau. Saya nekad dari hari itu
untuk terus menangani isu kemelut kewangan yang dihadapi orang ramai akibat
pandemik supaya keadaan yang menyayat hati itu tidak berulang.
Sememangnya
keadaan ini kita semua tidak pernah lalui di mana banyak sektor ekonomi
terkesan dengan tindakan PKP, PKPD dan lain lain. Sektor penerbangan,
perhotelan dan restoran serta khidmat pelancongan paling terkesan dengan
penutupan beberapa hotel pada tahun 2020. Kita mula dikejutkan dengan berita
tentang pemberhentian pekerja dari sektor penerbangan dan berkaitan dengan
pelancongan. Kisah juruterbang menjadi pengusaha warung “burger” dan melakukan
perkhidmatan penghantaran mula mendapat perhatian ‘social media dan akhbar- akhbar tempatan.
Apa tindakan
harus kita ambil seandainya kita merupakan mereka yang terkesan? Adakah anda
diberhentikan kerja? Suami anda diberhentikan kerja? Anda seorang peniaga
warung, restoran atau kedai pakaian yang terpaksa tutup? Mari kita sama sama
cuba merungkaikan masalah yang dihadapi.
Akhbar pada 25 November 2020: The Edge Malaysia
Mengikut
laporan akhbar diatas, dianggarkan 2.4 juta kehilangan pekerjaan dan 46% daripada mereka terdiri dari yang bekerja sendiri. Dijangka peningkatan
sebanyak 37% permohonan untuk menjadi
penghantar GrabFood dan PandaFood. Lebih menyedihkan, 71% daripada
mereka yang bekerja sendiri mempunyai rizab wang hanya mencukupi untuk satu
bulan sahaja.
Kesan
kemelut kewangan ke atas rumah tangga adalah peningkatan 57% panggilan
kecemasan bagi wanita dalam permasalahan rumah tangga akibat tekanan. Seramai
6.4 juta pelajar terkesan akibat PKP.
Jom kita
ambil pengajaran dari ayat suci Al Quran untuk menangani kemelut kewangan yang
sedang kita hadapi.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan
masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang
telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(Al Baqarah 2:214)
Ternyata Allah sedang menguji kita. Yakinlah apa pun
keadaan yang kita sedang hadapi telah diolah khas buat kita. Jangan persalahkan
sesiapa dan jangan sekali-kali menyalahkan ketentuan takdir. Istighfar banyak
banyak disusuli dengan solat taubat. Sudah pasti ada kesilapan kita dalam
menguruskan kewangan keluarga kita.
“Sesungguhnya beserta kesulitan
ada kemudahan” – Al Syarh 94:5
Satu lagi ayat Al Quran yang menjanjikan kesulitan yang kita hadapi
Allah sudah sertakan sekali solusinya. Hanya kita perlu usaha mencarinya.
Sebelum saya beri beberapa cadangan untuk kita nilai situasi semasa kita,
anda perlu terus terang dengan pasangan dan ahli keluarga tentang apa yang
terjadi pada diri anda dari sudut pekerjaan dan pendapatan. Mengaku pada
pasangan jika anda diberhentikan atau dikenakan potongan gaji. Anda bukan
seorang sebab ramai juga yang terkesan. Berdepan dengan situasi kewangan semasa
dan jangan takut.
Antara tindakan yang anda boleh ambil adalah:
Senaraikan kesemua pendapatan keluarga buat masa
sekarang
Senaraikan kesemua perbelanjaan bulanan anda termasuk
ansuran pinjaman
Senaraikan hutang hutang berserta cagaran dan jumlah
ansuran serta jadual bayarannya
Senaraikan kesemua simpanan dan pelaburan anda dan
pasangan serta anak anak
Senaraikan perancangan kewangan keluarga anda sebelum
terjadi pandemik
Setiap satu senarai harus di “adjust” untuk ambil kira situasi terkini
pendapatan keluarga. Senarai pertama sudah pasti akan terjejas jika anda dalam
kategori diberhentikan kerja, dikenakan potongan gaji atau disuruh bercuti
tanpa gaji. Jadi senarai pendapatan akan berkurangan.
Senarai kedua kena juga ambil kira tabiat perbelanjaan harus berubah
mengikut situasi semasa. Jika dulu banyak dibelanjakan makan di luar, sekarang
PKP tidak boleh sudah makan di luar. Alhamdulillah ini secara tidak langsung
sudah mengurangkan perbelanjaan keluarga.Tentang ansuran pinjaman pastikan anda
mendapat pelepasan atau moratorium yang diberi oleh pihak bank. Ini akan
sedikit sebanyak meringankan beban kewangan anda.
Senarai ketiga mengenai hutang yang anda tanggung. Senarai ini akan
membantu anda memastikan semua ansuran bulanan diambil kemudahan moratorium.
Senarai empat adalah rizab kewangan keluarga yang anda miliki.Tidak
salah kita campurkan sekali simpanan anak-anak demi untuk kelangsungan hidup
sekeluarga. Pengeluaran i-sinar KWSP dan sebarang bantuan prihatin yang pihak
kerajaan hulurkan juga harus anda mohon.
Senarai terakhir untuk anda menilai kembali kesan pandemik ke atas
pencapiannya dan mungkin perlu untuk anda nilai kembali sasaran matlamat
kewangan anda jangka masa pendek dan sederhana.
Cukup dulu setakat ini celoteh dari saya, kita akan sambung di penulisan
yang seterusnya InsyaAllah.
Seri Kembangan – Tanggal
5 Jun 2021 telah melakarkan sejarah dengan terlaksananya Sambutan 10 Tahun
Sayap Wanita IKRAM, dengan tema Satu Dekad Bersama Membina Malaysia Rahmah.
Majlis yang bermula jam 10.00 pagi itu telah berlangsung secara dalam talian
melalui platform Zoom serta siaran langsung dari YouTube.
Bacaan al-Quran surah
al-Ankabut dari ayat 1 sehingga 11 yang dilantunkan oleh Ustazah Datin Hamidah
Ibrahim diharap dapat menambah keberkatan majlis ukhuwah ini.
Majlis Sambutan 10 Tahun
Wanita IKRAM diteruskan dengan ucapan aluan daripada Ketua Wanita IKRAM,
Ustazah Sallawahiu binti Mohd Salleh. Beliau menyeru Wanita IKRAM agar terus
mencetak pahlawan-pahlawan agar Malaysia tidak kepupusan para pahlawan dalam
membina Malaysia rahmah. Beliau turut mengingatkan semua ahli Wanita agar sentiasa
ikhlas dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah dalam usaha membina Malaysia rahmah,
seterusnya meraih kedudukan paling terhormat di sisi Allah s.w.t.
Majlis gilang-gemilang yang julung-julung kali diadakan ini telah dapat disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Ahmad. Beliau mendoakan agar sayap Wanita IKRAM terus maju jaya dalam melaksanakan misi membina negara rahmah yang gemilang. Majlis seterusnya disajikan dengan pelancaran video khas 10 tahun Sayap Wanita IKRAM, diikuti dengan pemasyhuran logo 10 tahun Sayap Wanita IKRAM dan pelancaran buku sempena 10 tahun Sayap Wanita IKRAM.
Penubuhan Sayap Wanita
IKRAM Malaysia pada 3 Oktober 2010 yang lalu pastinya menjadi memori indah yang
akan terus diingati. Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan untuk meraikan sambutan
10 tahun penubuhan sayap Wanita IKRAM bersama mantan pimpinan Wanita IKRAM sesi
2010 sehingga 2020 khasnya, dan Wanita IKRAM secara umumnya tidak kira di mana
mereka berada. Perkongsian pengalaman suka duka para pimpinan terdahulu dalam
membina negara rahmah adalah antara slot yang dinantikan oleh ahli wanita.
Majlis yang dijalankan secara santai ini juga diharap dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli Wanita IKRAM seluruh dunia. Sesi pertama majlis sambutan ini diakhiri dengan sesi fotografi dalam platform Zoom bersama para jemputan dalam kalangan barisan Jawatankuasa IKRAM Pusat, barisan mantan pimpinan Wanita IKRAM dan Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat.
Sesi kedua majlis ini
diteruskan lagi secara eksklusif buat para Wanita IKRAM seluruh dunia dengan
menyaksikan persembahan khas daripada Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat sesi 2018
hingga 2022.
Majlis diteruskan lagi dengan perkongsian bersama mantan pimpinan iaitu Ustazah Maznah binti Daud (Ketua Wanita, Sesi 2010-2014) mewakili syaikhah dan Puan Anfaal binti Saari (Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat, Sesi 2014-2018) mewakili generasi muda. Selain itu, Datin Dr. Amalina Abdullah (Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat, Sesi 2012 – 2014) turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam persembahan deklamasi sajak. Seterusnya, majlis dimeriahkan dengan sesi kuiz bersama seluruh ahli Wanita IKRAM.
Majlis diteruskan dengan penampilan
khas daripada Pn. Iman binti Dzulkefly melalui nyanyian dua buah lagu. Selain
itu, Pn. Zul’aini binti Zainal Abidin bersama Zila turut memeriahkan majlis
melalui paduan nyanyian dan alat instrumen daripada mereka.
Majlis yang dipenuhi dengan
suasana ukhuwah ini diteruskan dengan sesi perkongsian bersama mantan pimpinan
Wanita IKRAM Malaysia. Ucapan demi ucapan merupakan azimat yang akan terus
tersemat di hati seluruh ahli Wanita IKRAM.
Majlis ini pastinya akan menjadi majlis yang akan terus dikenang kerana pelaksanaannya dalam norma baharu di waktu negara sedang dilanda pandemik Covid-19. Penangguhan demi penangguhan terpaksa dibuat memandangkan usaha untuk melaksanakan majlis ini dalam keadaan bertemu fizikal tidak dapat dicapai. Walaupun majlis ini dijalankan secara dalam talian, ia tetap meriah dengan pengendalian hebat daripada pasangan pengacara majlis, Ustazah Nur Salisa binti Ali dan Pn. Norlizayati binti Ramlan.
Majlis anjuran Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat dengan Kerjasama Wanita IKRAM Kuala Lumpur ini akhirnya melabuhkan tirainya. Bacaan doa penutup telah disempurnakan oleh Ustazah Zaimah binti Yaha.
Sebagai penutup tirai, video penghormatan kepada 15 pimpinan Wanita IKRAM pusat, negeri dan kawasan (Sesi 2010 sehingga 2020) yang telah terlebih dahulu dijemput Ilahi dipaparkan. Mudah-mudahan Allah memilih dan menempatkan mereka bersama para syuhada’ dalam perjuangan agamaNya. Perkongsian ini juga adalah sebagai usaha mengingati perjuangan mereka dalam usaha-usaha pembinaan negara rahmah.