Wanita IKRAM berusaha untuk memperjuangkan hak dan kepentingan wanita, keluarga dan kanak-kanak dengan menerajui pembelaan holistik. Ini bermakna, advokasi yang dilakukan merangkumi aspek pendidikan, kesihatan dan keselamatan. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera, di mana semua individu dapat hidup dengan baik dan mendapat sokongan yang diperlukan.
Advokasi yang dilakukan oleh Wanita IKRAM termasuk:
1) Perjuangan Menentang Isu Gangguan Seksual
2) Nafkah Wanita
Dengan usaha ini, Wanita IKRAM berkomitmen untuk mencipta perubahan positif dalam masyarakat dan memastikan bahawa wanita dan kanak – kanak dilindungi dan diberdayakan.