TENTANG WANITA IKRAM MALAYSIA

WANITA IKRAM telah ditubuhkan dan dilancarkan pada 3 Oktober 2010, merupakan sayap kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia. Wanita IKRAM memberi fokus kepada pembangunan dan pembelaan isu-isu wanita, keluarga dan kanak-kanak.

VISI

Menerajui pembangunan dan pembelaan holistik wanita, keluarga dan kanak-kanak bagi melahirkan masyarakat sejahtera.

MATLAMAT

Matlamat Wanita IKRAM Malaysia ialah: 

  1. Menggembleng tenaga wanita untuk mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM.
  2. Menjuarai isu-isu wanita nasional dan internasional serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syara’.
  3. Membangun potensi dan kepimpinan wanita sebagai sumber pembangunan masyarakat dan ummah.
  4. Memastikan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, manfaat pembangunan dan sumber di antara wanita dan lelaki.
  5. Mempertaankan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam. 
  6. Memainkan peranan efektif dalam membina keluarga du’at
  7. Mewujudkan wacana, menjalin hubungan dan membina gabungan organisasi Wanita