KURSUS KEPIMPINAN KEMAHIRAN WANITA (KEKWA) di Komuniti

kekwa - wanita ikram

Wanita menyumbang separuh populasi Malaysia tetapi masih kurang diwakili dalam kepimpinan. Menurut Indeks Jurang Gender 2018-2022, Malaysia berada di tempat ke-104 dari 156 negara, dengan kadar penyertaan wanita yang rendah dalam pelbagai bidang. Untuk mencapai sasaran 30% penyertaan wanita sebagai pemimpin, wanita IKRAM telah melaksanakan kursus kepimpinan wanita di peringkat komuniti.

Menjadi salah satu usaha Wanita IKRAM, Kursus Kemahiran Kepimpinan Wanita (KEKWA) diadakan sebagai projek rintis selama 6 bulan pada akhir 2023, melibatkan 40 peserta dari seluruh Malaysia. Program ini terdiri daripada 3 siri, 5 modul, 2 bengkel, dan 3 aktiviti berkumpulan, dengan bimbingan mentor. Dari kursus ini, peserta telah menyiapkan 9 projek komuniti. Maklum balas positif diterima, dan kursus ini akan dikemaskini untuk fasa seterusnya pada 2024/2025.

Ingin menyertai KEKWA Siri yang seterusnya? Hubungi kami!

Sekitar KEKWA Siri I