Pelancaran Sambutan Hari Kanak-Kanak 2021

Pelancaran Sambutan Hari Kanak-Kanak 2021

Pada 20 Nov, sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, telah berlangsung secara ‘online’ Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanak-kanak 2021 anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Wanita IKRAM Malaysia, SALAM dan KIND.

Antara acara yang telah dijalankan adalah:

1. Kuiz Live SALAM bernilai RM300 e-wallet.

2. Ucapan Ketua Wanita IKRAM dan Pemasyhuran Pertubuhan Kanak-kanak Idaman Nasional (KIND).

3. Pemakluman Pemenang Pertandingan. 

4. Perkongsian Hasil Kajian – Isu Perlindungan Kanak-Kanak Di Malaysia : Dr Abd Rahman Ahmad Badayai.

5. Temu Bual ‘Anak Kita Masa Depan Kita’ bersama Prof Madya Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Pesuruhjaya SUHAKAM.

INSIGHT: Episod 6: Kasih Bapa

INSIGHT: Episod 6: Kasih Bapa

Ada tanggapan bahawa tugas mendidik anak bukanlah tugas bapa, sebaliknya ia adalah tugas ibu. Ini menyebabkan ada sebilangan golongan bapa yang ‘berlepas tangan’ dan menyerahkan sepenuhnya urusan mendidik ini kepada si ibu. 

Bagaimana bapa mampu mencorak peribadi anak-anak? 

Saksikan Episod Keenam INSIGHT – SALAM  bersama mengupas tentang peranan bapa dalam pendidikan anak-anak.  

INSIGHT: Episod 6: Kasih Bapa

🧕🏻Prof. Madya Dr. Abdul Halim Masnan (Pensyarah, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UPSI)

🧕🏻Ustaz Zainal Abidin Abd Rahim (Hos Insight-Salam)

🗓️ Jumaat, 15 Oktober 2021

⏰ 9.00 Malam

🎦 TV IKRAM

🎥 FB Wanita IKRAM Malaysia

https://www.facebook.com/296975890384137/posts/4404809492934069/

LIKE dan SHARE!

Subscribe >> https://youtube.com/c/ikrammalaysiaTV

INSIGHT: Episod 5: Sayang Anak Tangan-tangankan: Didik atau Dera?

INSIGHT: Episod 5: Sayang Anak Tangan-tangankan: Didik atau Dera?

Kita biasa mendengar ungkapan jika sayangkan anak ‘tangan-tangankan’ iaitu diberi hukuman supaya mereka dapat dididik untuk mengikut arahan dan tidak melakukan kesilapan. 

Namun sejauh mana keberkesanan hukuman kepada anak-anak? 

Apakah salah memberi hukuman kepada anak atas dasar menyayangi mereka? 

Saksikan Episod Kelima INSIGHT – SALAM  bersama  mengupas tentang mengenakan hukuman sebagai satu cara mendidik anak-anak. 

INSIGHT: Episod 5: Sayang Anak Tangan-tangankan: Didik atau Dera? 

🧕🏻Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (Pesuruhjaya Kanak-kanak, SUHAKAM)

🧕🏻Puan Nur Amirah Mohd Pauzi (Hos Insight-Salam)

🗓️ Jumaat, 1 Oktober 2021

⏰ 9.00 Malam

🎦 TV IKRAM

🎥 FB Wanita IKRAM Malaysia

LIKE dan SHARE!

Subscribe >> https://youtube.com/c/ikrammalaysiaTV