Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa

Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa

Seremban – Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Ketua Wanita IKRAM Malaysia telah hadir ke Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa pada 5 Oktober 2024 di Masjid Sri Sendayan.

Turut hadir merasmikan dan memeriahkan program ini, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan (KASIH Malaysia), YABhg. Datin Seri Wan Hasni, Yang diPertua BAKRIYAH Negeri Sembilan dan YBhg. Puan Sri Hani, wakil Pengerusi Masjid Sri Sendayan.

Program ini telah menarik minat ramai peserta, terutamanya dalam kalangan wanita bekerjaya, suri rumah, pelajar, golongan muda dan tua. Seramai hampir 2000 orang peserta telah hadir untuk memeriahkan suasana dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Program telah dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha & Bacaan Al-Mathurat Sughra, dan kemudian diteruskan lagi dengan slot tadabbur Surah Al-Insyirah bersama Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan Forum Kesedaran Kesihatan Mental oleh Moderator Puan Dzilal Abdul Aziz (Kaunselor Klinik Psikologi Azlina dan Pengurus Rumah Perlindungan Teratai) dan panel-panel jemputan iaitu Dr. Alizi bin Alias (Pengerusi Psikospiritual Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Pakar Psikologi Organisasi) dan Tuan Haji NorAzman Amat (Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS dan Kaunselor Berdaftar). Terdapat juga Klinik Kaunseling disediakan dan reruai yang menarik.

Program ini merupakan anjuran bersama ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š, ๐๐€๐Š๐‘๐ˆ๐˜๐€๐‡, dengan kerjasama ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š dan ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐’๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ง๐๐š๐ฒ๐š๐ง bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024.ย Semoga Allah swt memberkati segala usaha kita dan mengurniakan ganjaran yang setimpal insyaAllah.

 

Sekitar Program Cahaya Dhuha Sejahtera Jiwa

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanak-kanak 2023

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanak-kanak 2023

Sambutan-Hari-kanak2-2023 wanita ikram

Pada 20 Nov, sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, telah berlangsung secara โ€˜onlineโ€™ Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kanak-kanak 2021 anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Wanita IKRAM Malaysia, SALAM dan KIND.

Antara acara yang telah dijalankan adalah:

1. Pelancaran Sambutan Hari Kanak-kanak

2. Pemasyhuran Pertandingan Pidato Piala Ketua Wanita IKRAM

3. Forum Sayangi dan Lindungi Anak-anak Malaysia

Ahli Panel termasuk:

1. Dr. Alizi Alias – Pengerusi Psikospiritual IKRAM (PSI) & Ahli Psikologi Organisasi

2. Pn. Dzilal Abdul Aziz – Pengurus, Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) & Kaunselor Berdaftar

WANITA IKRAM MALAYSIA TEGUH BERSAMA DALAM KEMPEN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2022

WANITA IKRAM MALAYSIA TEGUH BERSAMA DALAM KEMPEN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2022

Wanita IKRAM Malaysia menyambut baik Sambutan Bulan Kebangsaan yang bertemakan โ€˜Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersamaโ€™ bermula dari 1 Ogos hingga 16 September 2022 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) pada tahun ini lebih dinantikan kerana ia merupakan kali pertama disambut secara fizikal setelah hampir dua tahun perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM Malaysia sepanjang kempen SBK 2022 ialah flash mob, kitar semula, Merdeka Chef dan Bicara Bina Negara (BBN).

Setiap aktiviti yang dijalankan, bertujuan untuk menyokong objektif kempen iaitu menyemarakkan semangat cintakan negara, memupuk perpaduan nasional dalam masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya serta mengajak perkongsian nilai-nilai murni yang sama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Flash Mob

Aktiviti flash mob kali ini mendapat penglibatan yang sangat luar biasa daripada Wanita IKRAM negeri seluruh Malaysia.

Setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri dalam melaksanakan flash mob mereka. Antaranya, terdapat negeri yang membuat flash mob di tepi pantai, pusat membeli belah dan tidak kurang juga yang membuat persembahan di kawasan sekolah. 

Ketua Wanita IKRAM Malaysia, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh bersama Pengarah SBK Wanita, Dr. Zaharah Sulaiman, turut turun padang bagi menyertai aktiviti flash mob di Putrajaya.

Flash mob yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2022 itu dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. 

Kehadiran pengunjung yang dianggarkan sekitar 2119 orang bagi 15 negeri amat memberangsangkan.

Tidak kurang hebat juga, aktiviti flash mob yang diadakan oleh Wanita IKRAM Sabah berjaya mendapat liputan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto 1: Perkongsian gambar bagi aktiviti flash mob dari Wanita IKRAM Negeri

Harmoni Merdeka 

Wanita IKRAM berpeluang untuk berkolaborasi bersama Harmoni Malaysia dan telah bersiaran secara langsung pada hari dan masa yang sama iaitu pada 31 Ogos 2022 dari 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

Bagi yang tidak dapat menghadiri aktiviti ini tetapi mahu merasai kebersamaan dan kemeriahan program tersebut, boleh menontonnya di platform YouTube.

Program yang dikenali dengan Harmoni Merdeka ini meliputi ucapan daripada Presiden IKRAM serta Presiden Harmoni Malaysia, kuiz berkaitan dengan kemerdekaan, siaran eksperimen sosial (Terjah Rakyat Malaysia) dan juga aktiviti flash mob dari Wanita IKRAM.

Sesi Harmoni Merdeka ini cukup menarik kerana ia menonjolkan sambutan kemerdekaan oleh golongan anak muda dan juga wanita bersama keluarga.

Foto 2: Poster Siaran Langsung Harmoni Merdeka

BBN

Satu slot Bicara Bina Negara (BBN) yang bertajuk โ€˜Teguh Bersama Memerangi Gangguan Seksual Terhadap Wanitaโ€™ telah diadakan pada 3 September 2022.

Slot ini merupakan kerjasama antara Wanita IKRAM Malaysia diwakili oleh Nur Amirah binti Mohd Pauzi sebagai moderator, Gerakan Tampil Bersuara yang diwakili oleh Tuan Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi, All Womenโ€™s Action Society (AWAM) oleh Puan Betty Yeoh dan Ahli Parlimen dari Batu Kawan YB Kasthuriraani Patto.

Sesi BBN kali ini membincangkan tentang pentingnya kewujudan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 untuk diluluskan. 

Akta yang sedia ada hanya akan memberikan hukuman jika terbukti perbuatan gangguan seksual secara fizikal tetapi RUU kali ini mengetengahkan keperluan untuk menjelaskan definisi gangguan seksual secara lebih terperinci iaitu sebarang gurauan atau kata-kata yang berunsur lucah serta mewujudkan tribunal bagi menyediakan saluran buat mangsa yang terkesan dari sudut emosi untuk membuat aduan. 

YB Kasthuriraani menekankan kepentingan untuk menormalisasikan perbincangan bersama kenalan, termasuk di peringkat institusi, badan bukan kerajaan serta masyarakat awam supaya mereka lebih peka dan memahami tentang konsep RUU Antigangguan Seksual ini.

Beliau juga mengingatkan supaya isu gangguan seksual ini perlu dipandang sama berat jika terjadi kepada kaum lelaki bukan sahaja wanita.

Foto 3: Sesi BBN โ€œTeguh Bersama Memerangi Gangguan Seksual Terhadap Wanitaโ€

MERDEKA CHEF

Apakah cara yang lebih baik untuk mengukuhkan perpaduan negara selain daripada makanan?

Tercetusnya aktiviti Merdeka Chef ini adalah bertujuan untuk meraikan kepelbagaian kaum dan bangsa melalui pertandingan masakan.

Aktiviti yang diadakan dari 1 Ogos hingga 19 September 2022 juga adalah untuk mengajak masyarakat kepada โ€˜rakyat sebagai satu entitiโ€™ melalui semangat setiakawan.

Sebanyak 13 negeri dan 27 kawasan yang telah terlibat dalam melaksanakan aktiviti Merdeka Chef ini.

Foto 4: Pelaksanaan aktiviti Merdeka Chef dari Wanita IKRAM Selangor, Melaka, Kelantan & Kuala Lumpur

KITAR SEMULA

Sepanjang kempen SBK 2022, turut diadakan aktiviti kitar semula. Antara objektif pelaksanaan aktiviti ini adalah bagi mengukuhkan perasaan cintakan negara dengan memelihara alam sekitar dari kemusnahan dan pencemaran.

Sebanyak RM12,526.80 telah berjaya dikumpul bermula 1 Ogos hingga 19 September 2022 yang mendapat penglibatan secara aktif dari 14 negeri dan 33 kawasan dalam menggerakkan aktiviti kitar semula di tempat mereka.

Foto 5: Pelaksanaan aktiviti kitar semula dari Wanita IKRAM Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan, Selangor & Perlis

KAMI

Acara kemuncak bagi kempen SBK ini adalah Karnival โ€˜Kita Anak Malaysiaโ€™ (KAMI) yang telah diadakan pada 16 September 2022 sempena Hari Malaysia ke-59.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terlibat sama dalam menganjurkan empat aktiviti iaitu; Pameran Wanita IKRAM Malaysia, Pameran bersama Wanita IKRAM, TERATAI dan AWAM, Speakerโ€™s Corner dan pertandingan Boling Perpaduan.

Pameran Wanita IKRAM Malaysia

Wanita IKRAM turut berpeluang mengadakan aktiviti interaktif bersama pengunjung di mana, mereka diberi peluang untuk menuliskan harapan buat negara Malaysia. Seramai 226 orang yang telah menukilkan harapan mereka, antaranya adalah supaya negara Malaysia kekal sebagai negara yang selamat, bebas rasuah dan saling menghormati rakyat berbilang kaum dan bangsa.

Foto 6: Papan Interaktif โ€œHarapan untuk Malaysiaโ€ di Pameran Wanita IKRAM

Pameran Wanita IKRAM bersama TERATAI dan AWAM

Wanita IKRAM berpeluang bekerjasama bersama Teratak Rumah Wanita Islam (TERATAI) dan AWAM bagi menyediakan ruang kepada pengunjung yang berminat untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan guaman.

Selain itu, pengunjung juga dapat menunjukkan sokongan mereka untuk โ€˜Teguh Bersama Memerangi Keganasan Terhadap Wanitaโ€™ melalui aktiviti Thumb Paint yang disediakan di reruai ini.

Foto 7: Sokongan untuk โ€˜Teguh Bersama Memerangi Keganasan Terhadap Wanitaโ€™

Speakersโ€™ Corner

Slot Speakersโ€™ Corner oleh Pn. Dzilal Abdul Aziz (AJK Advokasi & Polisi Wanita IKRAM & Pengurus TERATAI) bersama Ms. Lilian Kok (Pengurus AWAM) semasa KAMI diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat umum tentang kepentingan memastikan keselamatan dan kesejahteraan wanita di Malaysia serta talian yang boleh dicapai sekiranya memerlukan bantuan khidmat kaunseling dan guaman.

Pertandingan Boling Perpaduan

Pertandingan Boling Perpaduan merupakan anjuran bersama Wanita IKRAM Malaysia dan Wanita IKRAM Selangor.

Pertandingan ini dibuka khas buat badan bukan kerajaan (NGO) yang pernah libat urus bersama Wanita IKRAM Malaysia dan institusi di bawah Wanita IKRAM. Seramai 32 orang yang menyertai pertandingan ini dari pelbagai NGO/institusi termasuk Wanita Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Persatuan Jururawat Malaysia (MNA), Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Kebajikan Wanita 1 Malaysia (WAN1M), Hidayah Centre Foundation (HCF), Sekretariat Hal Ehwal Wanita ABIM (SALWA) dan Wanita IKRAM Kawasan Ampang Jaya.

Foto 8: Pemenang bagi Pertandingan Boling Perpaduan

PENUTUP

Kempen SBK pada tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai pihak termasuk institusi, badan bukan kerajaan, Wanita IKRAM negeri dan kawasan. Tidak kurang juga kemeriahan dari penglibatan masyarakat umum khususnya dari negeri Selangor dan Kuala Lumpur. 

Aktiviti sebegini amat wajar untuk diteruskan kerana ia memberikan impak terhadap pengukuhan perpaduan nasional serta menonjolkan sikap rahmah sesama ahli dalam masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa sepanjang pelaksanaan kempen. 

Tidak lupa juga, peranan wanita yang memainkan peranan yang sama penting bersama lelaki dalam membina dan menguatkan jalinan perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia.

Nor Shahirah Shaik Amir

Pegawai Media

Jabatan Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Dialog Profesion Kerja Sosial โ€œMelindungi Kanak-Kanak: Era Digitalโ€

Dialog Profesion Kerja Sosial โ€œMelindungi Kanak-Kanak: Era Digitalโ€

Kanak-kanak di era digital kini lebih mudah terdedah dengan pengaruh yang tidak baik dan memerlukan akta yang boleh melindungi mereka seperti akta Kanak-kanak 2001 atau akta 611 dan akta ini merangkumiย  pemeliharaan, perlindungan, pemulihan, penyertaan dan perkembangan kanak-kanak.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Encik Mohamad Ali Taib berkata, statistik bilangan kanak-kanak di Malaysia sehingga Disember 2021 iaitu sebanyak 4.71 juta adalah kanak-kanak lelaki dan 4.42 juta kanak-kanak perempuan.

โ€œWalaubagaimanapun, peranan JKM sahaja tidak cukup bagi membantu kanak-kanak yang terjebak dengan jenayah tidak kira mangsa atau pelakunya kerana isu ini memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak seperti pegawai akhlak, pekerja sosial, pembantu pelindung dan pekerja kesihatan bagi memastikan kesejahteraan perkembangan serta perlindungan kanak-kanak ini,โ€ demikian kata Mohamad Ali, dalam sesi Dialog Profesion Kerja Sosial โ€œMelindungi Kanak-Kanak: Era Digitalโ€ anjuran Institut Sosial Malaysia dan Persatuan Pekerja Sosial Malaysia,  bertempat di Auditorium Institut Sosial Malaysia (ISM) yang diadakan secara dalam talian pada 20 Julai 2022, yang mana Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia berpeluang menghadirinya.

Terdapat Undang-Undang am dan khas

Sesi diteruskan dengan perkongsian Penolong Setiausaha (Advokasi & Undang-Undang, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, SUHAKAM) YBrs. Sitti Najihah Md Rusli, yang menjelaskan bahawa terdapat undang-undang am dan khas yang diwujudkan bagi melindungi kanak-kanak daripada jenayah amang seksual, pornografi, buli siber serta hacking.

โ€œSebanyak 47% daripada pengguna internet adalah kanak-kanak berusia 5-17 tahun, 70% mangsa pornografi kanak-kanak adalah berusia dari 11-13 tahun termasuk kanak-kanak lelaki dan 164 laporan jenayah pornografi kanak-kanak diterima dari Malaysia,โ€ ujarnya yang mengejutkan para peserta.

Beliau turut menggalakkan masyarakat untuk menjadi lebih prihatin dan membuat aduan melalui laman web rasmi SUHAKAM jika melihat hak asasi kanak-kanak dicabul.

Jenayah seksual kanak-kanak adalah isu global

Seterusnya, sesi dirancakkan lagi dengan perkongsian oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan.

โ€œSebanyak 70% jenayah seksual melibatkan kanak-kanak perempuan dan keselamatan kanak-kanak di era digital ini merupakan isu global.โ€

Menurutnya, antara faktor yang mempengaruhi kanak-kanak untuk terjebak dengan jenayah child pornography, child grooming dan sextortion adalah berdasarkan aktiviti peer-to-peer seperti gaming, pengaruh media sosial dan penggunaan aplikasi digital tanpa pengawasan dan pemerhatian daripada kedua ibu bapa.โ€

โ€œNamun, harus difahami bahawa kanak-kanak ini merupakan mangsa kerana ciri-ciri pemangsa selalunya merupakan orang yang mempunyai kedudukan, kuasa, diberi amanah dan dikenali seperti bapa, warden, pendakwah, paderi dan sebagainya.โ€

Selain itu, beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarluaskan gambar kanak-kanak yang merupakan mangsa kerana ia akan memberikan kesan terhadap psikologi mangsa dan masa depannya.

Kanak-kanak mempunyai hak menggunakan media

โ€œDalam era digital kini, kanak-kanak mempunyai hak untuk menggunakan media digital bagi mendapatkan maklumat, pendidikan dan penyertaan. Namun tidak dinafikan bahawa mereka juga berisiko tinggi untuk terdedah dengan kandungan media yang tidak sesuai dan dihubungi oleh pemangsa jika mereka terlampau banyak berkongsi tentang diri mereka,โ€ jelas Timbalan Pengarah, Program Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) En. Ts. Md Tahir Musa.

Selain itu, beliau menyarankan ibu bapa agar memainkan peranan dengan lebih aktif dan celik siber supaya dapat memantau aktiviti anak mereka dalam dunia digital dengan menggunakan perisian keselamatan penapisan tambahan, mengelakkan daripada berkongsi tentang profiling kanak-kanak (seperti makanan kegemaran anak dan sebagainya) juga mendidik kanak-kanak tentang perkara yang boleh serta tidak boleh dikongsikan dalam media sosial. 

Menurut Pengarah Childline Foundation YBhg. Datin Wong Poai Hong pula, setiap 1 daripada 3 kanak-kanak menggunakan internet, 92% kanak-kanak berusia dari 13-17 mempunyai akaun di media sosial dan 2 daripada 5 kanak-kanak mempunyai pengalaman buruk dengan internet.

โ€œDalam konteks buli siber, Malaysia merupakan negara ke-2 tertinggi selepas India di Asia Tenggara yang memberikan kesan negatif terhadap kanak-kanak yang berusia dari 11-13 tahun,โ€ ujarnya mendedahkan tentang penggunaan singkatan perkataan dalam kalangan kanak-kanak supaya ibu bapa lebih cakna terhadap aktiviti anak mereka.

Enam Strategi keselamatan dan kesejahteraan

Beliau turut berkongsi 6 strategi yang boleh digunakan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak iaitu:

1) Mendidik kanak-kanak untuk memahami dunia digital dan cara untuk melindungi maklumat peribadi mereka

2) Menggunakan perisian keselamatan bagi peranti yang digunakan

3) Membina kemahiran mendengar secara aktif semasa berbual dengan anak

4) Melayan anak dengan baik dan penuh hormat

5) Mendidik anak untuk berfikir secara kritikal dalam membuat keputusan yang terbaik dan

6) Meminta bantuan jika menghadapi sebarang masalah. 

Memberikan sokongan kepada mangsa

Dalam sesi tersebut, Pengurus Perkhidmatan, Pusat Perkhidmatan Wanita (WCC) YBrs. Puan Mangleswary Subramaniam pula menerangkan tentang perkhidmatan yang mereka sediakan bagi membantu wanita dan kanak-kanak dalam memperkasakan hak serta melindungi mereka daripada sebarang bentuk keganasan dan ketidakadilan.

โ€œAntaranya, kami menyediakan perkhidmatan kaunseling secara percuma dan tempat perlindungan bagi wanita serta kanak-kanak yang sedang berada dalam krisis,โ€ kata Mangleswary.

Jelasnya lagi, WCC juga bekerjasama dengan hospital kerajaan dan memberikan sokongan mahkamah kepada mangsa, membuat kolaborasi dengan komuniti untuk mendidik kanak-kanak tentang penderaan seksual dan pencegahan keganasan siber dan sebagainya. 

Sesi dialog tersebut diakhiri dengan peringatan kepada semua agar sentiasa prihatin dengan isu yang berkaitan dengan kanak-kanak di sekitar kita serta lebih proaktif membina kerjasama yang baik bersama badan kerajaan dan bukan kerajaan juga institusi dalam melindungi hak kanak-kanak Malaysia. 

MUZAKARAH PIMPINAN WANITA IKRAM PUSAT & NEGERI 2022

MUZAKARAH PIMPINAN WANITA IKRAM PUSAT & NEGERI 2022

Muzakarah Pimpinan Wanita IKRAM Pusat & Negeri bagi sesi 2022-2026 dengan julung kalinya telah diadakan pada 9 April 2022 bertempat di Dewan Utama Kompleks IKRAM Pusat. 

Sesi muzakarah kali ini mengumpulkan empat wakil Wanita IKRAM dari setiap negeri dari seluruh Malaysia. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dilangsungkan secara fizikal dan juga dalam talian melalui Zoom dan dimulakan dengan bacaan al-Quran; surah al-Baqarah, ayat 183-187 oleh Ustazah Anizah binti Shamsudin.

Muzakarah tersebut diteruskan dengan ucapan aluan daripada Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu binti Mohd Salleh yang menegaskan bahawa beban kepimpinan ini bukan suatu yang mudah namun, keyakinan dan kesediaan memikul amanah harus dibentuk dari awal walaupun kita tahu bahawa ada ramai di luar sana yang lebih mampu daripada kita. 

Sesi pertama muzakarah dimulakan dengan sesi taaruf yang dikendalikan oleh Puan Hafsah Syakirah binti Ahmad Kamil, Penolong Setiausaha JKWIP bagi mengenali barisan kepimpinan Wanita IKRAM Pusat & Negeri sesi 2022-2026 dan juga mengeratkan ukhuwah sesama semua wakil Wanita IKRAM dari seluruh Malaysia.

Sesi diteruskan dengan perkongsian daripada JKWIP tentang struktur organisasi JKWIP bagi sesi 2022-2026 serta teras strategi yang akan menjadi fokus utama bagi pelaksanaan rancangan Wanita IKRAM. 

Sesi ketiga merupakan sesi perbincangan oleh setiap JKWIP bersama wakil negeri Wanita IKRAM mengikut bidang tugas jawatankuasa kepimpinan masing-masing diikuti dengan sesi bengkel bagi setiap negeri mengikut zon yang telah ditetapkan oleh JKWIP. 

Kemuncak program adalah pada sesi keempat iaitu sesi perkongsian hasil perbincangan oleh wakil Wanita dari setiap zon. Melalui slot ini, kerjasama dan penglibatan secara aktif oleh semua wakil Wanita dari setiap negeri dapat dilihat berdasarkan senarai cadangan program yang boleh dilaksanakan bagi meneruskan usaha melindungi dan memelihara hak-hak wanita dan kanak-kanak Malaysia. 

Pengarah program muzakarah merupakan Setiausaha Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat iaitu Puan Susilawati binti Hamzah dan dianjurkan oleh Wanita IKRAM Pusat. Muzakarah telah diakhiri dengan sesi fotografi bagi semua JKWIP dan wakil Wanita IKRAM dari setiap negeri seluruh Malaysia.

Rasa Sayang Hey!

Rasa Sayang Hey!

Pernah tak kita rasa bersalah bila nak ambil masa untuk diri sendiri macam nak ke spa atau layan drama ke?


Salah ke nak Self-Care ni?

Jom ikuti segmen baru Media Wanita IKRAM๐Ÿค—

Rasa Sayang Hey! ๐Ÿ’• : Episod 1
Is Self-Care Selfish?

๐Ÿง•๐ŸปPuan Dzilal Abdul Aziz (Kaunselor, Pengurus Rumah Teratai)
๐Ÿง•๐ŸปNur Idayu Abd Rahman (Hos Rasa Sayang Hey!)

๐Ÿ—“๏ธ Jumaat, 11 Februari 2022
โฐ 5.00 Petang
๐ŸŽฆ YouTube Media Wanita IKRAM
๐ŸŽฅ FB Wanita IKRAM Malaysia