8 Mac 2021
Hari ini Wanita IKRAM Malaysia menerima berita yang mendukacitakan, pemergian mantan eksekutif Jabatan Wanita IKRAM Pusat, Almarhumah Nik Khatijah binti Nik Mud yang telah meninggal dunia di rumahnya di Kajang, Selangor.
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Almarhumah. Semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas pemergian ini.
Almarhumah, 32, telah berkhidmat sebagai eksekutif Jabatan Wanita sejak 2013 dan terkini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi. Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Almarhumah merupakan seorang yang amat komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Moga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di tempat yang mulia di sisiNya.