Statistik Kesihatan Mental di Malaysia

Statistik Kesihatan Mental di Malaysia

STATISTIK INFOGRAFIK KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA - STATISTIK TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI 2023

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilaksanakan bagi mengumpul maklumat kesihatan dan prevalens dalam kalangan penduduk negara ini.

Tinjauan tersebut telah menunjukkan statistik penting seperti berikut:

  1. Bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat 2 kali ganda dari 2019 – 2023
  2. Individu daripada golongan muda lebih mudah mengalami kemurungan
  3. 1,000,000 atau 4.6 % penduduk di Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan
  4. 16.7% atau satu daripada enam kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental – meningkat sebanyak dua kali ganda sejak 2019.

Statistik kesihatan mental di Malaysia tidak hanya merupakan data angka, tetapi menggambarkan impak yang luas terhadap individu dan masyarakat. Ia boleh memberi kesan yang besar kepada hubungan interpersonal, termasuk hubungan keluarga, persahabatan, dan hubungan profesional.

Jikalau stigma berkaitan kesihatan mental masih berterusan, hal ini boleh menyebabkan individu yang mengalami masalah mental merasa terasing dan tidak dibantu oleh masyarakat sekeliling, serta menghadapi kesulitan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Dengan usaha bersama, kita boleh mengurangkan stigma dan mencipta masyarakat yang lebih mesra dengan memahami cabaran mereka yang mengalami kesihatan mental ini.