Year: 2021
WANGI Gelombang Taawun
Keprihatinan yang konsisten dipamerkan oleh Wanita IKRAM seluruh Malaysia terhadap keperluan masyarakat pada era pandemik ini.
Program WANGI diteruskan dalam suasana PKP dengan membawa tema ‘WANGI GELOMBANG TAAWUN’. Taawun bermaksud saling tolong menolong.
Hadis bagi WANGI kali ini ialah:
وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ اْلعَبْدُ فِى عَوْنِ اَخِيهِ
bermaksud:
Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mahu menolong saudaranya.” (HR. Muslim)
Bantuan berupa kewangan dan barang-barang keperluan harian disumbangkan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan terkesan dengan PKP.
Sebagai contoh, sumbangan sebanyak 360 bungkusan beras daripada ahli-ahli Wanita IKRAM Melaka telah diberikan untuk projek ‘Food Bank’. Selain daripada itu, beras yang dibungkus 2 kg setiap pek itu juga diagihkan kepada pihak Gedung Rezeki Ayer Molek, Team Telok Mas dan Food Bank Petronas Tangga Batu untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.
Forum ‘Online’
Gangguan seksual satu isu serius, ia bukan satu bahan lawak atau gurauan. Lebih parah apabila ia terjadi di sekolah.Seserius mana isu ini? Bagaimana seharusnya masyarakat berperanan dalam membendung isu ini? Adakah sudah cukup sistem pendidikan yang ada untuk menanganinya?
Menampilkan –
Pengacara : Ir Mazura Nor Zulkifli Ahli Panel :
1. Dr Zaharah Sulaiman , Pensyarah Perubatan , Unit Perkembangan Kesihatan Wanita , Pusat Pengajian Sains Perubatan USM.
2. Puan Dzilal Abd Aziz, Kaunselor , Pengurus Rumah Teratai
3. Lt Kol.(Mustaffa Bin Ahmad , Naib Presiden Kanan, Outreach & Pembangunan Kapasiti , CyberSecurity Malaysia
Penganjur : Pertubuhan Ikram Malaysia , CyberSecurity Malaysia dan Persatuan Penduduk Taman Ukay Bistari
Kes penderaan kanak-kanak
Photo by Lucas Metz on Unsplash
Penderaan Kanak-kanak
Menangani cabaran pandemik
Sembang Santai Ekonomi Keluarga dengan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Sedar tak sedar, sudah lebih setahun kita lalui pandemik Covid 19. Saya masih ingat lagi apabila bulan Mac 2020 saya menawar khidmat perkongsian cara-cara menangani kewangan keluarga supaya ada yang dapat manfaat dari perkongsian tersebut.
Maka stesen radio, TV, wartawan akhbar, majalah semua inginkan pandangan supaya dapat disebarkan lebih meluas. Bukan kerana inginkan populariti atau kejar glamor tetapi rasa kebertanggungjawaban atas kurniaan Allah Swt ke atas diri sendiri sedikit ilmu untuk berkongsi.
Satu undangan oleh RTM saya terima untuk mengisi slot bantuan prihatin yang kerajaan mula umumkan. Sewaktu menunggu slot saya, sempat saya berbincang dengan wakil ejensi kerajaan yang berkongsi kisah sedih tentang seorang suami kepada pramugari yang membunuhnya akibat tekanan kewangan. Terkejut dan begitu terkesan saya mendengar cerita yang dikongsi beliau. Saya nekad dari hari itu untuk terus menangani isu kemelut kewangan yang dihadapi orang ramai akibat pandemik supaya keadaan yang menyayat hati itu tidak berulang.
Sememangnya keadaan ini kita semua tidak pernah lalui di mana banyak sektor ekonomi terkesan dengan tindakan PKP, PKPD dan lain lain. Sektor penerbangan, perhotelan dan restoran serta khidmat pelancongan paling terkesan dengan penutupan beberapa hotel pada tahun 2020. Kita mula dikejutkan dengan berita tentang pemberhentian pekerja dari sektor penerbangan dan berkaitan dengan pelancongan. Kisah juruterbang menjadi pengusaha warung “burger” dan melakukan perkhidmatan penghantaran mula mendapat perhatian ‘social media dan akhbar- akhbar tempatan.
Apa tindakan harus kita ambil seandainya kita merupakan mereka yang terkesan? Adakah anda diberhentikan kerja? Suami anda diberhentikan kerja? Anda seorang peniaga warung, restoran atau kedai pakaian yang terpaksa tutup? Mari kita sama sama cuba merungkaikan masalah yang dihadapi.
Akhbar pada 25 November 2020: The Edge Malaysia
Mengikut laporan akhbar diatas, dianggarkan 2.4 juta kehilangan pekerjaan dan 46% daripada mereka terdiri dari yang bekerja sendiri. Dijangka peningkatan sebanyak 37% permohonan untuk menjadi penghantar GrabFood dan PandaFood. Lebih menyedihkan, 71% daripada mereka yang bekerja sendiri mempunyai rizab wang hanya mencukupi untuk satu bulan sahaja.
Kesan kemelut kewangan ke atas rumah tangga adalah peningkatan 57% panggilan kecemasan bagi wanita dalam permasalahan rumah tangga akibat tekanan. Seramai 6.4 juta pelajar terkesan akibat PKP.
Jom kita ambil pengajaran dari ayat suci Al Quran untuk menangani kemelut kewangan yang sedang kita hadapi.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(Al Baqarah 2:214)
Ternyata Allah sedang menguji kita. Yakinlah apa pun keadaan yang kita sedang hadapi telah diolah khas buat kita. Jangan persalahkan sesiapa dan jangan sekali-kali menyalahkan ketentuan takdir. Istighfar banyak banyak disusuli dengan solat taubat. Sudah pasti ada kesilapan kita dalam menguruskan kewangan keluarga kita.
“Sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan” – Al Syarh 94:5
Satu lagi ayat Al Quran yang menjanjikan kesulitan yang kita hadapi Allah sudah sertakan sekali solusinya. Hanya kita perlu usaha mencarinya.
Sebelum saya beri beberapa cadangan untuk kita nilai situasi semasa kita, anda perlu terus terang dengan pasangan dan ahli keluarga tentang apa yang terjadi pada diri anda dari sudut pekerjaan dan pendapatan. Mengaku pada pasangan jika anda diberhentikan atau dikenakan potongan gaji. Anda bukan seorang sebab ramai juga yang terkesan. Berdepan dengan situasi kewangan semasa dan jangan takut.
Antara tindakan yang anda boleh ambil adalah:
- Senaraikan kesemua pendapatan keluarga buat masa sekarang
- Senaraikan kesemua perbelanjaan bulanan anda termasuk ansuran pinjaman
- Senaraikan hutang hutang berserta cagaran dan jumlah ansuran serta jadual bayarannya
- Senaraikan kesemua simpanan dan pelaburan anda dan pasangan serta anak anak
- Senaraikan perancangan kewangan keluarga anda sebelum terjadi pandemik
Setiap satu senarai harus di “adjust” untuk ambil kira situasi terkini pendapatan keluarga. Senarai pertama sudah pasti akan terjejas jika anda dalam kategori diberhentikan kerja, dikenakan potongan gaji atau disuruh bercuti tanpa gaji. Jadi senarai pendapatan akan berkurangan.
Senarai kedua kena juga ambil kira tabiat perbelanjaan harus berubah mengikut situasi semasa. Jika dulu banyak dibelanjakan makan di luar, sekarang PKP tidak boleh sudah makan di luar. Alhamdulillah ini secara tidak langsung sudah mengurangkan perbelanjaan keluarga.Tentang ansuran pinjaman pastikan anda mendapat pelepasan atau moratorium yang diberi oleh pihak bank. Ini akan sedikit sebanyak meringankan beban kewangan anda.
Senarai ketiga mengenai hutang yang anda tanggung. Senarai ini akan membantu anda memastikan semua ansuran bulanan diambil kemudahan moratorium.
Senarai empat adalah rizab kewangan keluarga yang anda miliki.Tidak salah kita campurkan sekali simpanan anak-anak demi untuk kelangsungan hidup sekeluarga. Pengeluaran i-sinar KWSP dan sebarang bantuan prihatin yang pihak kerajaan hulurkan juga harus anda mohon.
Senarai terakhir untuk anda menilai kembali kesan pandemik ke atas pencapiannya dan mungkin perlu untuk anda nilai kembali sasaran matlamat kewangan anda jangka masa pendek dan sederhana.
Cukup dulu setakat ini celoteh dari saya, kita akan sambung di penulisan yang seterusnya InsyaAllah.
Hjh Rohani binti Datuk Hj Mohd Shahir
Penulis Buku Perancangan Kewangan Islam
Pakar Perunding Kewangan Islam
30hb Mei 2021