Pada 4 April 2021 yang lepas, telah berlangsung Majlis Graduasi IMPAK Online yang dirasmikan oleh Ketua wanita IKRAM Malaysia, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh. Majlis meraikan 80 peserta IMPAK (Ibu bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak) dari lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu PPR Jelatek, PA Sri perlis 2, Pangsamurni Keramat Jaya 2 dan PPR Taman Wahyu yang telah berjaya menamatkan 10 modul pembelajaran.
Program IMPAK Online ini adalah anjuran Petubuhan IKRAM Malaysia dengan sokongan Yayasan Hasanah (Geran Khas Hasanah) dan telah diadakan dari Januari hingga Mac 2021. IMPAK Online telah diadakan berikutan pandemik Covid 19.
“Objektif utama program ini adalah agar golongan ibu bapa muda B40 berpeluang meningkatkan akademik anak-anak melalui kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam 10 modul,” kata Pengarah Majlis, Datin Seri Junaidah Ahmad.
“Diharapkan ibu bapa yang menghadiri modul IMPAK dan majlis graduasi semalam berjaya mengaplikasikan ilmu keibubapaan ini terhadap anak-anak dan secara tidak langsung membantu anak dalam pembelajaran mereka,” ujar Junaidah.