Atas keprihatinan, Wanita IKRAM di negeri dan kawasan telah mengambil inisiatif untuk membantu petugas kesihatan ‘frontliners’ yang berjuang menghadapi COVID-19. Beberapa bentuk bantuan telah dihulurkan untuk meringankan beban para petugas. Antaranya, menyediakan’PPE’, ‘Face shield’ dan memberi makanan.
Selain bantuan untuk ‘frontliners’, mereka juga telah menghulurkan sumbangan kepada warga yang memerlukan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.