Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020

Wanita IKRAM Pusat telah melaksanakan program Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 4-8 Mac 2020 yang dijayakan oleh Wanita IKRAM Putrajaya dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuk Kementerian Pendidikan dan LPPKN. Program keseluruhan dijalankan di Alamanda Mall Putrajaya. Oleh kerana peningkatan mendadak kes COVID-19 dilaporkan, beberapa program yang dirancang terpaksa diubah ke lokasi lain.

Wanita Seimbang, Lelaki Pembela, Keluarga Penenang, Ummah Sejahtera adalah tema sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 itu.

Program-program yang telah dijalankan membabitkan program kanak-kanak, remaja dan wanita. Antara program yang dijalankan adalah ‘Perkongsian pengalaman usahanita berjaya’, ‘Sentuhan Selamat’, ‘ Bedah buku: Perempuan yang baik-baik dalam Al-Quran’, Parenting Zaman TikTok, Dera..Ambil Peduli dan IN-SAFE (Inernet Safety) 101.

Slot dari Wanita IKRAM Pusat adalah ‘Sembang Bernas: Seimbang Untuk Sejahtera’ dan ‘Seimbang Untuk Sejahtera: Naratif Wanita Moderat’.

‘Sembang Bernas: Seimbang Untuk Sejahtera’ adalah forum yang membawa 3 ahli panel dari Malaysians Against Pornography (MAP), Suri Rumah Rahmah (SRR) dan PenaWan (Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional) dan telah diadakan di Alamanda Mall, Putrajaya pada 5 Mac 2020.

‘Seimbang Untuk Sejahtera: Naratif Wanita Moderat’ adalah penyampaian dan perkongsian oleh Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (CEO Yayasan Kebajikan Negara) yang diadakan pada 8 Mac di Kompleks IKRAM Pusat, Seri Kembangan.

Beberapa booth pameran juga telah dibuka termasuk Wanita IKRAM, Malaysians Against Pornography (MAP) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *