WANITA IKRAM

WANITA IKRAM yang ditubuhkan dan dilancarkan pada 3 Oktober 2010 merupakan sayap kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia. Wanita IKRAM memberi fokus kepada pembangunan dan pembelaan isu-isu wanita, keluarga dan kanak-kanak.

Wanita IKRAM memainkan peranan penting dalam bersama-sama menggembleng tenaga wanita demi mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM. Hal ini termasuklah memperjuangkan isu-isu wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti yang digariskan oleh syarak.

Wanita IKRAM komited untuk membangunkan potensi dan kepemimpinan wanita yang akan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah seluruhnya. Wanita IKRAM percaya bahawa dalam memperjuangkan isu-isu wanita, Wanita IKRAM tidak akan bergerak bersendirian malah menjalin hubungan dan membina gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain.

MATLAMAT:

1. Menggembleng tenaga wanita untuk mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM.

2. Menjuarai isu-isu wanita nasional dan internasional serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syara’.

3. Membangun potensi dan kepimpinan wanita sebagai sumber pembangunan masyarakat dan ummah.

4. Memastikan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, manfaat pembangunan dan sumber-sumber di antara wanita dan lelaki.

5. Mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam

6. Memainkan peranan efektif dalam membina keluarga du`at.

7. Mewujudkan wacana, menjalin hubungan dan membina gabungan organisasi Wanita.

VISI:

Menerajui pembangunan dan pembelaan holistik wanita, keluarga dan kanak-kanak bagi melahirkan masyarakat sejahtera.

 

Kenali Wanita IKRAM