Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57 (NCWO)

JK Wanita IKRAM Pusat telah berkesempatan menghadiri Majlis Santapan Malam Hari Wanita ke-57 anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bertempat di Hotel Sunway Putra pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) yang lalu.

Majlis ini telah dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Turut hadir bersama adalah dua anakanda baginda iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Hannah Yeoh. Majlis yang meriah ini berjalan lancar dengan kehadiran 600 ahli NCWO seluruh negara.

Pada kesempatan yang bermakna ini, Puan Hannah Yeoh turut melancarkan kempen Keluarga Sejahtera sempena tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini iaitu Wanita Tonggak Keluarga dan Negara Sejahtera. Semoga kerjasama padu antara wanita IKRAM dan NCWO dapat terus dikekalkan demi masyarakat sejahtera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *