Bengkel Media Berkesan & Penyelarasan Media Wanita IKRAM

Bm5

Laporan Bengkel Media Berkesan 

Pada 13 Julai 2013 , JK Media Wanita IKRAM telah menganjurkan Bengkel Media Berkesan dan Penyelarasan JK Media Wanita Ikram di Dewan Seminar Pejabat IKRAM Pusat. Tujuan bengkel diadakan adalah  untuk memastikan pencapaian media yang menyeluruh bagi aktiviti Wanita IKRAM dan isu-isu yang hendak diketengahkan serta keperluan untuk menyelaraskan kerja di peringkat Pusat dan Negeri agar sinergi dalam pelaksanaan skop yang sama dapat dicapai. Peserta bengkel terdiri daripada AJK Media Wanita IKRAM Pusat, ahli Unit Kenyataan Media Wanita IKRAM Pusat, 2 wakil Media Wanita IKRAM Negeri dan 1 Wakil Media IKRAM Daerah Selangor.

Pengisian bengkel adalah Ucaptama bertajuk ‘Dakwah Semasa & Media Baru : Satu Cabaran’ yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj. Beliau menekankan betapa pentingnya media baru dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej Islam yang tepat, ringkas dan interaktif secara kreatif dan inovatif. Bengkel diteruskan dengan  penyampaian Pn Rosmawati Zainal bertajuk ‘Kenyataan Media : Tips dan Strategi’ .  Menurut beliau adalah menjadi kepentingan sesuatu pertubuhan membina jalinan rangkaian dgn pihak media cetak atau elektronik dan  sentiasa berhubung dan mengambil peluang menyertai aktiviti sosial yg positif bersama media . Jalinan kerjasama ini akan memudahkan untuk mendapat liputan media dan menyampaikan aspirasi pertubuhan. Pengisian ketiga  disampaikan oleh Tuan Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin bertajuk ‘Perkongsian Islamic Relief malaysia (IRM) -Teknik PR bagi Liputan Media’. Beliau menegaskan kepentingan antara lain dokongan organisasi , perhubungan jangka-panjang dengan media dan  berpegang pada prinsip Islam dalam usaha mencapai matlamat. Bengkel diakhiri dengan perbincangan peserta-peserta tentang Pelarasan dan Sinergi JK Media Wanita IKRAM .

Bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran ahli-ahli JK berkaitan dalam pengendalian media dan hubungan awam dalam mengetengahkan Wanita IKRAM dan aktivismenya dan satu pasukan yang mantap antara Pusat dan Negeri dalam isu-isu berkaitan media dan sebaran kepada masyarakat umum dan meletakkan Wanita IKRAM di satu tahap yang membanggakan.

BM1

Prof. Madya Dr.Harlina Halizah Hj Siraj selaku Naib Ketua Wanita IKRAM menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Dakwah Semasa & Media Baru".

Bm2

 Slot 1: 'Kenyataan Media: Tips dan Strategi' yang disampaikan oleh Pn Rosmawati Zainal.

Bm3

Slot 2: ‘Perkongsian Islamic Relief malaysia (IRM) -Teknik PR bagi Liputan Media’ disampaikan oleh Tuan Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

Bm4

Antara wakil-wakil media Wanita IKRAM negeri dan daerah dari seluruh negara yang hadir ke Bengkel Media Berkesan Wanita IKRAM.

 

Disediakan oleh:

Pn. Noriah Idris
Ahli Jawatankuasa Media,
Wanita IKRAM Pusat.



Comments
Facebook Wanita IKRAM

segmen-header

galeri-sidebar2soaljawab-fiqh-23arabiah-akan-datang

hebahan-header

syria-musim-sejuk

baru-terbit