Seminar Keseimbangan Hidup Berkerjaya (Work-Life Balance)

0
347

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya iaitu LPPKN telah menganjurkan Seminar Keseimbangan Hidup Berkerjaya (Work-Life Balance)  dengan kerjasama Felda D’Saji Sdn. Bhd dan Tadika Amal pada Sabtu, 13 Mei 2017.

Bertemakan “Ke Arah Budaya Kerja Mesra Keluarga”, pengarah program, Prof. Madya Dr. Sabariah Baharun berkata seminar ini bertujuan untuk berbincang dan berkongsi pendapat tentang keseimbangan hidup dalam menguruskan hal rumah tangga dan keluarga dengan pekerjaan.

“Semoga seminar ini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mendengar sendiri pengalamam daripada mereka yang berjaya di samping memanfaatkan pengalaman ini sebaiknya agar kita dapat menyeimbangkan antara kerja dan keluarga.” Demikian kata Prof. Madya Dr. Sabariah Baharun.

PENGARAH PROGRAM

PERASMI SEMUA

Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Bt. Yacob, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang turut mewakili YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau turut melancarkan buku “Piagam Wanita Islam” peringkat kebangsaan  (edisi 4 bahasa) dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang “Pertandingan Fotografi Keluarga Rahmah” yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan.

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dalam ucaptama beliau berkata, “Keseimbangan kerjaya dan keluarga merangkumi penetapan keutamaan yang betul pada masa yang betul bagi mencapai matlamat yang dikehendaki dalam memenuhi peranan, tenggungjawab dan menunaikan hak. Titik keseimbangan itu tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Keseimbangan kerja dan kehidupan seseorang akan berubah mengikut masa dan fasa kehidupan yang dilalui.”

IMG_0491

Seminar ini turut menampilkan barisan panelis seperti Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan, iaitu Pengarah Urusan aL-ikhsaN Sports Sdn. Bhd. dan Puan Rafidah Jumal selaku Pengurus Besar Kewangan Eksplorasi Serantau (Asia/Australia), Shell (M) Ltd. Mereka telah berkongsi pengalaman masing-masing dalam membina kerjaya di samping menguruskan rumah tangga dan keluarga dengan baik. Turut bersama, Puan Loh Yit Phing dari Young Buddhist Association Of Malaysia, Encik Ratakrishnan Thangalaiah dari Pemuda Hindu Sangam.

IMG_0530 IMG_0575 IMG_0618 IMG_0661

Satu video pendek telah ditayangkan mengenai Dr. Fauziah Mohd Hassan yang merupakan aktivis daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia yang telah menyertai misi ‘Women Boat To Gaza’. Perkongsian khas mengenai Dr. Fauziah telah disampaikan oleh Timb. Ketua Wanita IKRAM, Dr. Hafidzah Mustakim yang telah menceritakn tentang kehidupan Dr. Fauziah yang berjaya menyeimbangkan tugasan dan tanggungjawab sebagai seorang doktor, seorang aktivisme antarabangsa serta berperanan dengan baik terhadap keluarga, anak-anak serta cucu-cucu beliau.

IMG_0676

Selain itu, seminar ini menampilkan perkongsian dari Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail selaku Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang merupakan CEO MyCARE dan Professor Durrishah Idrus, Pro Naib Canselor UTM,  yang turut berkongsi tentang keseimbangan antara kerjaya dan keluarga dalam bidang masing-masing.

IMG_0713 IMG_0716 IMG_0719

Seminar ini telah dihadiri oleh 350 orang peserta yang terdiri daripada beberapa NGO, ibu bapa, guru-guru, dan mereka yang sedang membina kerjaya serta tidak ketinggalan daripada golongan anak muda yang mengutip ilmu dan pengalaman untuk hari dewasa kelak.

KEHADIRAN

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY