Perutusan Hari Guru 2017

0
26
Perutusan Hari Guru
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
16 Mei 2017 / 19 Syaaban 1438H
Guru Pembina Negara Bangsa
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bertujuan menghargai sumbangan warga pendidik dalam mendidik dan membentuk jati diri anak bangsa.
“Guru Pembina Negara Bangsa” sekali lagi menjadi tema hari guru pada tahun ini mengingatkan kita betapa penting dan beratnya peranan yang dimainkan oleh guru dalam mendidik anak bangsa demi membina negara.
Wanita IKRAM Malaysia mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di mana jua mereka berada.
Kami sentiasa mendoakan agar kelompok pendidik ini terus diberi kekuatan untuk meneruskan usaha gigih dengan penuh dedikasi, menempuh pelbagai cabaran masa kini dalam mendidik serta membangunkan potensi diri anak-anak didik mereka menjadi warga berguna kepada negara. Semoga segala khidmat bakti yang dicurahkan tanpa jemu menjadi saksi dan pemberat timbangan amal para pendidik di akhirat kelak.
Wanita IKRAM menyeru kepada semua ahli masyarakat agar tetap menghargai jasa dan pengorbanan guru serta terus meletakkan mereka sebagai kelompok masyarakat yang mesti dihormati kerana sebelumnya, kita semua merupakan murid kepada cikgu-cikgu, tidak kira setinggi mana pun status kita kini.
Selamat Hari Guru.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY