Perutusan Tahniah Wanita IKRAM Malaysia

0
71
PERUTUSAN TAHNIAH WANITA IKRAM MALAYSIA
BELIAWANIS IKRAM TOKOH SISWA KEBANGSAAN 2016
26 Mac 2017
Wanita IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Farah Nabila binti Abdul Rahman yang dinobatkan sebagai “Tokoh Siswa Kebangsaan 2016” sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Anugerah tersebut mengiktiraf kewibawaan beliau mengurus kehidupan sebagai anak, pelajar cemerlang di universiti, dan ahli masyarakat yang prihatin. Ini terbukti dengan keterlibatan aktif beliau dalam aktiviti-aktiviti khidmat bakti masyarakat dan kepemimpinan belia di dalam dan luar negara bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), IKRAMSiswa dan ASEAN Young Leaders Forum (AYLF).
Semoga kejayaan Puan Farah Nabila ini menjadi contoh yang baik buat semua beliawanis dan wanita muda di Malaysia dalam menggerakkan agenda perubahan dan transformasi negara.
Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY