Kenyataan Media | Hari Wanita Sedunia 2017

0
505

Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2017
8 Mac 2017 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1438H

Wanita IKRAM Malaysia mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di mana saja berada.
Semenjak 1911, Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun pada 8 Mac sebagai hari untuk memberi sokongan dan mengiktiraf sumbangan serta peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia.

Tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tahun ini ialah;
“Women in the Changing World of Work: Planet 50-50 by 2030 – Wanita dalam dunia pekerjaan yang berubah : Planet 50-50 pada tahun 2030″.

Tema tahun ini dipilih selaras dengan komitmen masyarakat dunia di peringkat PBB terhadap “Sustainable Development Goals 2030” (Sasaran Pembangunan Mampan; SDG 2030) yang terdiri daripada 17 sasaran, di mana sasaran kelima adalah mengenai kesaksamaan gender, pemerkasaan wanita dan hak asasi wanita.

Bagi mengupas isu ini dalam konteks kedudukan wanita Malaysia hari ini, Wanita IKRAM akan mengadakan;

“Wacana Hari Wanita Antarabangsa 2017”
Tema: Kesaksamaan Hak; Tanggungjawab Wanita Membina Peradaban Dunia 2030
Tarikh: 18 Mac 2017 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Crystal Ballroom, Aras 5 , Mines 2, Seri Kembangan.

Program ini terbuka kepada semua wanita dan lelaki.

Wakil pertubuhan dan individu yang berminat boleh mendaftar di http://bit.ly/hariwanita2017 atau hubungi Cik Nik Khatijah di talian +6013-784 0942.

Semoga kita dapat bersama-sama membina dan membela wanita dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai Negara Rahmah untuk semua.
Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2017.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY