MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA PENAWAN (PENULIS WANITA IKRAM NASIONAL) 2017

0
159

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA PENAWAN (PENULIS WANITA IKRAM NASIONAL) 2017

SHAH ALAM – 25 Februari 2017, Sabtu. Mesyuarat Agung Tahunan Penawan buat kali pertama telah berlangsung di Pejabat IKRAM Shah Alam, Seksyen 7, Shah Alam.

Mesyuarat telah dihadiri oleh 47 hadirin dari seluruh negara, yang terdiri daripada kumpulan
penulis wanita ikram nasional atau lebih dikenali sebagai Sahabat PenaWan dan telah dirasmikan oleh Ketua Wanita Ikram, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

“Kita tahu bahawa umat pada hari ini sedang melalui satu fasa peralihan dan dalam keadaan ini, kita juga sedar bahawa umat juga tidak kuat tetapi tidaklah begitu lemah. Dalam situasi ini, kita sebagai para daie mempunyai banyak peranan yang boleh dimainkan. Para PenaWan perlu mengambil kesempatan ini, untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut dan mengisi ruang tersebut dengan bahan-bahan penulisan yang menyegarkan agar umat boleh menjadi kuat dan bertenaga untuk menjayakan perubahan yang diinginkan.”

Selain bertujuan untuk mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru Sahabat PenaWan, mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengumpulkan penulis- penulis wanita dari seluruh negara dan mendengar perkongsian daripada panelis-panelis jemputan yang berpengalaman dalam bidang penulisan.

“Menulis lebih kpd perkongsian rasa. Bukan kerana ‘aku tahu dan kami tidak tahu’, bukan untuk mengajar-ajar pembaca. Jika tidak, penulis akan ada rasa terbeban untuk menuliskan sesuatu.” -Dr. Nur Aisyah Zainordin atau lebih dikenali Muharikah.

“Setiap apa yg berlaku dalam hidup kita mesti ada tempat rujukan kita. Jadi di setiap bab dalam buku ini ada hadis dan ayat Quran.” -Nazrin Aneeza, Penulis Novel. Antaranya: Novel Hanya Dia Untukku.

Ir. Endok Sempo, Penasihat PenaWan juga mengupas isu-isu kewanitaan yang boleh dijadikan sebagai bahan utama dalam penulisan.

Mesyurat kali ini juga turut mengadakan “‘Talk Show’: Trend Terkini Pembaca” dengan menjemput  Mohd Ikram Mohamad Nor Wazir, Pengurus Penerbitan di PTS Milennia Sdn. Bhd. dan Fatin Syamimy Liana binti Badaruddin, Pengurus Iman Publication.

IMG_9798
Peserta PenaWan bersama Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan panelis-panelis jemputan.

Hasil mesyuarat ini telah membentuk satu organisasi.

Penasihat: Bonda Endok Sempo Tahir
Pengerusi tetap: Norhayati Sidek

Pengerusi: Nurul Faizah Abd Hamid
Timbalan Pengerusi: Jannatun Nisa Jahasnum
Setiausaha: Umairah Shafei
Bendahari: Siti Hajar Shuid

Ahli Jawatankuasa:
1. Nik Aishah Nik Hitam
2. Nik Khatijah Nik Mud
3. Husna Abd. Rahman
4. Masturah Mohd Arep
5. Ezzah Syahira Halim

Dan 5 wakil dari zon tengah, utara, selatan, timur dan Sabah Sarawak.

Wakil Ahli Jawatankuasa (Negeri):
Nafisah Osman – Zon Tengah
Nur Ashikin Abdul Hamid – Zon Selatan
Dr Suraya Hanim Abu Bakar – Zon Utara
Mardhiyyah Md Sahmilin – Sabah/Sarawak
Maryam Che Rahimi – Zon Timur

IMG_0677
Ahli Jawatankuasa PenaWan 2017

Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Semoga amanat ini dapat dipikul bersama dalam melancarkan perjalanan dakwah dalam bidang penulisan.

Diharapkan dengan penubuhan organisasi ini, dapat membantu melahirkan penulis wanita yang konsisten dalam penulisan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY