Resolusi PenaWan 2015

0
145

Resolusi PenaWan 2015
Peserta yang hadir di himpunan PenaWan pada hari ini, sabtu 31hb. Oktober 2015 bersetuju menerima 5 resolusi berdasarkan kepada hasil perkongsian, bengkel, perbincangan dan dialog :

1. Menyedari hakikat bahawa peranan menyebarluaskan dakwah melalui penulisan adalah kaedah penting untuk berkongsi idea dan pengalaman bersama masyarakat.

2. Meyakini bahawa usaha penulisan akan melahirkan modal insan kelas pertama yang mempunyai keyakinan, kreativiti, menghargai seni dan budaya ilmu yang akan membentuk masyarakat holistik sebagai asas pembinaan negara rahmah.

3. Wanita IKRAM mesti berusaha melahirkan seramai mungkin penulis wanita, terutama dalam kalangan anak-anak muda untuk memastikan pasukan penulis wanita dibentuk.

4. Wanita IKRAM perlu menubuhkan platform bagi penulis wanita agar hasrat dan usaha PenaWan akan berterusan memberi manfaat jangka panjang kepada IKRAM dan dakwah secara keseluruhannya melalui Wanita IKRAM Negeri dan daerah.

5. Menggesa penulis wanita segera terlibat dalam pasukan media di peringkat negeri, daerah dan institusi masing-masing untuk menyumbang penulisan, memakmurkan semua saluran media IKRAM samada dalam media cetak atau elektronik (portal, FB, Instagram dan Twitter).

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY