Ketua Wanita IKRAM Malaysia Menyantuni Pelajar Luar Negara

0
236

MOSCOW:- 3 JANUARI 2017, Selasa. Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Ketua Wanita IKRAM Malaysia) turut hadir ke KOMSIS menyantuni pelajar luar negara, dan menjadi panelis dalam forum ‘The WORLD: A Wake Up Call.

Konvensyen Mahasiswa Se-Russia (KOMSIS) julung kali diadakan pada tahun 2015. Program yang berskala besar ini merupakan satu menifestasi kepada idealisma yang dipegang oleh Azam Russia. Azam Russia merupakan sebuah pertubuhan pelajar yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa muslim Malaysia yang menuntut di seluruh Russia, khususnya di tiga bandar utama iaitu Moscow, Volgograd, dan Nizhny Novgorod. Azam Russia ditubuhkan pada 3 Januari 2012.

KOMSIS kali ini merupakan kali ketiga diadakan. Moto yang dibawa dalam KOMSIS ialah  “MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI NEGARA”. Isu-isu yang dibincangkan adalah mengenai kepincangan beberapa aspek kehidupan.

Pada penutup KOMSIS, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim telah menyatakan hasrat dan harapan beliau.

“Berakhir sudah KOMSIS 3.0. Semoga anak-anak muda siswa/siswi berjiwa kental ini terus bersemangat mengharungi pelbagai cabaran menimba ilmu diperantauan dan kembalinya kelak menjadi negarawan yang membina kecemerlangan negara”

Semoga program sebegini dapat diteruskan untuk mahasiswa-mahasiswa Azam Russia khususnya dan menjadi inspirasi buat seluruh mahasiswa di setiap negara umumnya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY