Bengkel Cerpen & Puisi

0
137

Sabtu | 14 Januari 2017

Beberapa ahli daripada Penulis Wanita IKRAM Nasional (PenaWan) telah menghadiri bengkel ini. Seramai hampir 30 peserta mengikuti bengkel Cerpen dan Puisi anjuran Chermin. Rata-ratanya peserta daripada pelbagai latar dan bidang. Bermula daripada ‘established writers’ sehinggalah kepada ‘budak baru belajar’.

Slot Penulisan Cerpen telah disampaikan oleh: S. M. Zakir. Memetik kata-kata beliau,

Cerpen yang baik ialah cerita biasa-biasa, dipersembahkan secara luar biasa. Mengambil watak seminimum mungkin, juga latar, perkataan seminimum mungkin.

Manakala Slot Penulisan Puisi disampaikan oleh: Zaen Kasturi. Antara perkongsian beliau,

Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik. Kata-kata terpilih dalam susunan terpilih. Mengambil kira Diksi, Majas, Rima dan Citra.

Pada akhir bengkel ini, pengarah program memberikan kata-kata dan harapan kepada penulis supaya dapat menghasilkan sebuah cerpen dan puisi yang dapat di’bedah’.

Para peserta juga sangat berpuas hati dengan bengkel ini. Daripada tidak tahu menjadi tahu, daripada yang sudah mahir dalam penulisan, dapat mengelak daripada perasaan “syok sendiri” dengan hasil penulisan sendiri.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY