Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Kecam Tindakan Seksis Jamal

0
239

Kenyataan Media

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Kecam Tindakan Seksis Jamal

24 Disember 2016/ 24 Rabiul Awal 1438

Wanita IKRAM yang memperjuangkan hak serta memartabatkan wanita, mengecam tindakan Dato Jamal yang menyindir Dato Siti Norhaliza dengan kata-kata bersifat seksis dan lucah serta menghina bukan sahaja kaum wanita tetapi juga kaum lelaki.

Kata-kata yang dikeluarkan Jamal itu juga seolah-olah mencabar kuasa Allah swt kerana anugerah anak merupakan rezeki daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Tindakan Jamal itu bukanlah dari akhlak sebagai seorang muslim dan bukan juga dari budaya Masyarakat Melayu yang mempunyai nilai-nilai adab yang tinggi.

Wanita IKRAM yakin yang seluruh kaum wanita di negara ini menolak pimpinan yang rendah akhlak dan tidak beradab seperti ini, tudak kira dari parti mana sekali pun.

Dengan itu Wanita IKRAM menuntut agar Jamal membuat permohonan maaf secara terbuka kepada sekalian Wanita Malaysia berikutan kata-katanya penghinaan tersebut.

Marilah ikuti contoh terbaik kita, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam yang mengajarkan manusia menghormati dan memuliakan wanita.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM Malaysia

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY