Tahniah Tuanku DYMM Sultan Muhammad V.

0
419

Perutusan Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Sempena Perlantikan DYMM Sultan Muhammad V Sebagai Yang DiPertuan Agong

13 Disember 2016 bersamaan 13 Rabiul Awal 1438H
Wanita IKRAM Malaysia merafak setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad V menjadi Yang Dipertuan Agong bagi penggal baharu ini.
Kami mendoakan DYMM Sultan Muhammad V sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik, berada dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.
Semoga Tuanku DYMM Sultan Muhammad V mentadbir negara dengan sebaiknya berlandaskan perintah Allah dan Rasul.
Seterusnya moga DYMM sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia hingga tercapainya Malaysia menjadi Negara Rahmah serta Baldatun Toyyibatun Warabbur Ghafur di bawah lembayung kekuasaan DYMM.
Tahniah Tuanku DYMM Sultan Muhammad V.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM Malaysia

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY