Sokong Pengasingan Tempat Duduk Penumpang Bas

0
251

Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM)

Sokong Pengasingan Tempat Duduk Penumpang Bas

31/12/2016

Wanita IKRAM Malaysia mengucapkan tahniah kepada pengusaha syarikat perkhidmatan bas ekspres TransMalaya kerana melaksanakan pengasingan tempat duduk penumpang dalam bas mereka mengikut jantina.

Inisiatif pemilik dan pengasas KRZ Management Sdn Bhd, Noorlini Ramli yang menguruskan TransMalaya yang telah melaksanakan usaha ini sejak Februari 2015 wajar disokong dan dicontohi syarikat bas lain di negara ini.

Usaha seperti ini memberi kelegaan dan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, terutamanya ketika menaiki bas secara bersendirian untuk perjalanan jarak jauh.

Sebelum ini Syarikat Keretapi Tanah Melayu telah pun menyediakan Koc khas untuk wanita dan usaha ini amat wajar diteladani oleh syarikat kenderaan awam lain yang bersesuaian.

Wanita IKRAM berpandangan tidak timbul isu “polis moral” dalam hal ini kerana tujuan utama langkah ini adalah untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penumpang khususnya kaum wanita.

Wanita IKRAM berharap semua pihak dapat menyokong usaha murni ini dan disebar luas perlaksanaannya kepada semua syarikat kenderaan awam yang beroperasi di Malaysia. Semarakkan usaha sebegini dalam kita merealisasikan Malaysia Negara Rahmah.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM Malaysia

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY