Program Winter Solstice anjuran KLSCAH

0
126
Program Winter Solstice anjuran KLSCAH

Brickfields – Sempena perayaan Winter Solstice atau “Dongzhi”, Wanita IKRAM telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam satu program silang budaya anjuran KLSCAH bertempat di Selangor & KL Shing An Association semalam.

 

Acara utama program adalah pameran manisan tradisional sempena perayaan Dongzi iaitu bebola yang dibuat daripada tepung pulut yang dimasak dengan pelbagai cara dan ramuan yang telah disediakan oleh 10 persatuan wanita Cina.

 

Wanita IKRAM turut berpeluang menghidangkan kuih tradisional masyarakat melayu iaitu ‘onde-onde’ untuk santapan hadirin yang hadir. Sambutan kaum Tiong Hua terhadap kuih tradisional ini amat menggalakkan sekali.

 

Wanita IKRAM yang diketuai oleh Setiausahanya, Prof Madya Dr Sabariah Baharun telah diminta untuk memberikan sedikit pengenalan tentang cara pembuatan kuih onde-onde kepada semua hadirin yang hadir.

 

Pihak penganjur turut memberikan penghargaan diatas kesudian Wanita IKRAM untuk bersama menjayakan program kali ini. Wanita IKRAM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan ke program ini.

 

Diharapkan program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang dan semoga dapat mencetuskan rasa kebersamaan dan memupuk keharmonian masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY