Sepadu Usaha, Tiada Wanita Ketinggalan

0
251

Bagi merealisasikan tema Hari Wanita 2016 iaitu “Sepadu Usaha, Tiada Wanita Ketinggalan”, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM menyeru kaum wanita khususnya dan rakyat Malaysia serta pihak kerajaaan supaya memberikan tumpuan kepada usaha mendidik wanita dan ahli keluarga.

“(Ia) merangkumi pendidikan yang holistik dan seimbang bagi membina IQ, EQ dan SQ yang dapat melahirkan wanita berjati diri tinggi; kukuh nilai dalamannya, bebas minda dan cara pemikirannya, mulia akhlaknya serta mampu menyerlahkan keperibadian yang mampu menyumbang ke dalam pembangunan masyarakat dan negara,” ujar beliau.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY