Wacana Intelektual Wanita IKRAM | Selamatkan Anak-anak Kita!

0
468

SERI KEMBANGAN: Telah berlangsung dengan jayanya Wacana Intelektual Wanita IKRAM mengenai isu, ‘Pedofilia, Sejauh Mana Kita Diancam’ pada hari ini, Rabu, 22 Jun 2016 di Crystal Ballroom, Mines 2, Seri Kembangan.

13497690_1048844708530581_5705878326660334136_o

Program wacana yang bermula pada jam 9 pagi ini telah mengumpulkan hampir 68 orang hadirin berserta 6 wakil media, di antaranya termasuklah Utusan Malaysia, Harian Metro, News Straits Time dan Berita Harian yang telah hadir pada hari ini. Selain itu, antara yang turut bersama untuk berkongsi peranan di dalam usaha menangani isu pedofilia ini adalah wakil dari Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Tadika Islam Malaysia, MIZAN, WAMY dan juga IKRAM Teens.

Pedofilia merujuk kepada mereka yang mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak dan ia merupakan satu penyakit psikologi yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan anak-anak. Pemangsa ini agak sukar dikesan kerana mereka kelihatan agak normal dan begitu mesra dengan kanak-kanak. Kes pedofilia ini sangat berkait rapat dengan penyalah gunaan kemudahan internet dalam mengeksploitasi kanak-kanak dari segi mental, fizikal dan emosi; khususnya dalam kes, ‘child pornography’.

Baru-baru ini, negara kita telah dikejutkan dengan pendedahan tentang ancaman pedofilia yang berlaku tanpa kita sedari. Sepertimana yang kita semua maklum, pedofilia dan pornografi kanak-kanak adalah pelanggaran hak asasi manusia yang serius dan kanak-kanak tidak sepatutnya didera atau dieksploitasi secara fizikal, mental atau seksual. Pendedahan demi pendedahan dibongkarkan tentang kewujudan kumpulan pedofilia tempatan. Di atas kesedaran mengenai isu ini, Wanita IKRAM Malaysia telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program berbentuk wacana intelektual ini bagi membuka minda dan mata masyarakat agar lebih cakna untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam menangani isu pedofilia yang semakin menular dalam masyarakat kita.

Selamatkan anak kita dari menjadi mangsa atau pun pemangsa!

13482905_1048947358520316_5163690322726287916_o

‪#‎MothersAgainstPornography‬ #‎KeepOurChildrenSafe‪ #‎AgainstPhedophile‬

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY