Wacana Intelektual Wanita IKRAM | Resolusi

0
367

Sesi Resolusi “Wacana Intelektual Wanita IKRAM | Pedofilia, Sejauh Mana Kita Diancam?” yang telah dibacakan oleh Ketua Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan, Puan Susilawati Hamzah dan Puan Siti Alawiah Sahri, Pengarah Program Wacana Intelektual Wanita IKRAM.

====================

Kami para peserta yang menghadiri Wacana Intelektual Wanita IKRAM “Pedofilia: Sejauh Mana Kita Diancam” yang berhimpun pada pagi ini menyedari hakikat bahawa:

– Gejala pedofilia merupakan ancaman kepada masyarakat
– Kanak-kanak di Malaysia tidak terkecuali dari ancaman ini; dan
– Kepentingan untuk mengawal gejala tersebut dari terus merebak adalah sangat mendesak.

Dengan ini, kami menyeru semua pihak yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga, sekolah, kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun masyarakat untuk:

1. Menjadi orang yang pertama mendidik anak-anak tentang pendidikan seksual dengan mewujudkan komunikasi terbuka

2. Mendidik anak-anak dengan jati diri yang baik dan berprinsip

3. Mengawasi hubungan anak-anak dengan orang sekeliling dan tidak memandang ringan ancaman daripada ahli keluarga terdekat

4. Berusaha membimbing anak-anak untuk melayari internet, siaran televisyen serta bahan bacaan anak-anak secara sihat

5. Prihatin untuk membentuk suasana yang selamat dan harmoni di kawasan kejiranan masing-masing

6. Meningkatkan kesedaran dan ilmu tentang pedofilia dan ancaman perkembangan teknologi kepada kanak-kanak

7. Memerhati ‘tanda-tanda amaran’ pada kanak-kanak dan remaja: Perubahan tingkah laku, perubahan emosi, perubahan tidur, perubahan kelakuan seksual

8. Majikan memberi perhatian untuk membuat saringan personaliti dan karakter ke atas bakal pekerja yang akan terlibat dalam pengendalian kanak-kanak

9. Bekerjasama dengan agensi-agensi serta badan-badan yang berkaitan untuk menjayakan kempen kesedaran yang menyeluruh

10. Menggesa pihak kerajaan untuk memberi perhatian lebih serius tentang isu-isu berkaitan kawalan punca-punca yang menyumbang kepada gejala pedofilia dan gejala seksual yang lain

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY