Wacana Intelektual Wanita IKRAM | Pedofilia: Sejauh Mana Kita Diancam?

0
2033

?WACANA INTELEKTUAL WANITA IKRAM?

?PEDOFILIA: SEJAUH MANA KITA DIANCAM??

22 JUN 2016 | RABU | CRYSTAL BALLROOM, MINES 2

13475003_1048844918530560_373587621113842654_o

?Panel:
1- Dr Norharlina Bahar (Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja Hospital Selayang)
2- Sarah Khadijah Taylor
3- Dr Shamsuriani (Sekretariat Mothers Against Pornography)

?PENGERTIAN DAN PENGENALAN PEDOFILIA

Istilah Pedofilia diangkat menjadi istilah yang merujuk kepada masalah kesihatan mental pada tahun 1950-an

Ia bermaksud berminat atau tarikan seksual terhadap kanak-kanak

Tidak semua yang melakukan jenayah seksual kepada kanak-kanak ada penyakit pedofil dan tidak semua penyakit pedofil ini melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak

Pemangsa kebanyakannya lelaki, dan ada segelintir sahaja perempuan

Jarak umur pemangsa dan mangsa adalah 5 tahun

Jika remaja 15 tahun membuat jenayah seksual kepada kanak-kanak 12 tahun, ia tidak dikatakan pedofil kerana jarak umur tidak sampai 5 tahun atau lebih, tetapi ia tetap satu jenayah

?MANGSA DAN PEMANGSA PEDOFIL

Pemangsa adalah mereka yang mempunyai komunikasi yang baik dengan kanak-kanak, pandai menarik perhatian mereka, gemar membuat aktiviti volunteer yang melibatkan kanak2.

Mangsa adalah kanak-kanak yang senang terikut kerana pemangsa sangat pandai ambil hati

Pesalah pedofilia cenderung untuk melayari website porno kanak-kanak, menyimpan video dan gambar porno.

?SEBAB MENDORONG KEPADA PEDOFILIA

1-Mangsa gangguan seksual
Kanak-kanak yang pernah diganggu seksual akan lebih cenderung untuk terlibat dalam jenayah ini. Sebab itulah kita perlu membantu mereka untuk mengelakkan mereka menjadi pemangsa pada kemudian hari. Jika pernah diganggu seksualnya, kemungkinan akan diganggu lagi. Kebiasaannya yang terlibat adalah kanak-kanak yang IQ rendah, tidak rational, mengalami masalah tumbesaran emosi, penggunaan dadah, epithamine menyebabkan mereka berani, personality problem, kemurungan.

2-Sebab yang kedua adalah kerana dorongan rakan. Jika seorang sahaja, mereka akan takut utk membuat jenayah ini, tetapi jika mereka menjumpai kawan yang sama keinginan dengan mereka, mereka akan lebih berani untuk melakukan jenayah ini.

?PERKONGSIAN PENGALAMAN PANELIS BERDEPAN KES PEDOFILIA

Cyber security telah mengesan satu kegiatan Cyber sexual grooming

Cyber Forensic juga ditugaskan untuk menganalisa bahan bukti tersebut dan membuktikan kandungan ada unsur porno

Suspek akan ditangkap berdasarkan bukti digital tersebut

Kes ini sangat kurang di Malaysia berbanding kejadian yang berlaku diluar negara, sangat banyak.

Pemangsa boleh melakukan pedofil tanpa menyentuh mangsa (secara realiti)

Rakyat Malaysia kurang pendedahan tentang bahaya internet

Seorang pedofil kebiasaannya menjumpai seorang kanak2 perempuan dilaman sosial, lalu mereka berkawan (friend), lama kelamaan mereka akan berani untuk mengarahkan kanak2 tersebut buat aktiviti seperti yang mereka mahukan.

Mereka cenderung untuk menyimpan bahan lucah di dalam laptop. Kemudian mereka kongsi dengan jaringan mereka yang ramai.

Jaringan penjenayah pedofil ini mencecah 750 000 jaringan. Mereka dapat melayari video tersebut secara bebas.

Ibu bapa perlu memantau anak-anak di internet untuk mengelakkan masalah ini berleluasa.

?BUKTI KES PEDOFILIA

Cyber sexual grooming adalah mereka melatih kanak-kanak untuk melakukan jenayah ini.

1- Di Filipine terdapat markaz yang mengumpulkan kanak-kanak dan mereka melatih melakukan aktiviti lucah seperti disuruh tanggalkan baju, melakukan perkara yang tidak sepatutnya dll. Dan mana2 jaringan mereka boleh access secara terus menerusi live streaming dan menonton aksi tersebut.

Jenayah ini merentasi sempadan. Jenayah secara online lebih membimbangkan.

2- Berlaku disebuah rumah,pemangsa memanggil 4 orang kanak-kanak, mereka menyuruh melakukan perbuatan yang meransang seks lalu orang diluar sana boleh melanggan live streaming tersebut untuk melihat aksi tersebut. Dan yang paling teruk adalah emak kanak-kanak tersebut yang terlibat sama. Mereka mendapat habuan 3 USD hasil kerja tersebut.

Mereka tidak merasakan perkara itu salah, kerana anak mereka tidak disentuh secara realiti.

3- Terdapat usaha untuk market pedofil di Malaysia.

4- Di New Zeland, bekas pengetua sekolah ditangkap, kerana kesalahan mempunyai beribu gambar seks anak murid.

?HUBUNGKAIT PORNO DAN PEDOFILIA

Inisiatif Mothers Against Pornography (MAP) diwujudkan kerana WANITA IKRAM menyedari bahawa porno telah lama bersarang di Malaysia tetapi tidak didedahkan secara terbuka, ia masih lagi menjadi taboo dalam masyarakat kita.

Porno menjadi sangat common, disebabkan wujudnya internet.

‘Prevention is better than cure’, MAP telah membuat pendidikan awal kanak2, pergi ke tadika dan sekolah untuk kempen dan menerangkan bahaya pornografi.

Porno adalah sebarang material, gambar, tulisan, video yang fokus kepada perilaku seksual, tujuan untuk timbulkan ransangan seksual

Porno akan mengakibatkan ketagihan dan membawa kepada jenayah pedofil.

Akibat menonton porno, akan berlaku perubahan pada minda, melemahkan minda untuk membuat sesuatu keputusan

Negara barat banyak membuat kajian tentang pornografi. Antaranya:

1- Di US terdapat 80% pelanggan bahan majalah seksual kanak2

2- 4% daripada mereka terlibat dengan perkosaan kanak2

3- Pada 2007 satu kajian dilakukan di Malaysia terhadap perogol yang sedang dalam tahanan, dilakukan soal selidik terhadap mereka tentang faktor yang mendorong kepada rogol. Hasil kajian faktor utama merogol adalah pornografi iaitu sebanyak 30% dan yang selebihnya disebabkan nafsu, pathological (dalaman)

4- Beberapa kajian kecilan dibuat terhadap 77 orang pelajar remaja di kawasan KL sekitar umur 10-17 tahun. Hasil kajian terdapat 62% remaja telah terdedah terhadap bahan porno secara tidak sengaja, 24% secara sengaja,
80% dari mereka telah terdedah kepada porno seawal 10 tahun melalui internet, tv, radio, majalah dll

?KESAN PEDOFILIA DAN PENYELESAIAN

Kesan pedofilia ada jangka masa panjang dan pendek.

Bagaimana kita dewasa boleh bantu kanak-kanak atau remaja ini?

Umur kecil- bergantung kepada orang dewasa untuk protect, ia lebih ringan kerana mereka tiada memori apa yang berlaku.

Umur besar/remaja- stigma masyarakat menyebabkan dia akan merasakan tiada tempat dalam masyarakat, menjadi bualan orang bahawa dia pernah dirogol/dicabul.

?TIPS MENANGANI

1- Jika ada kanak-kanak yang mengadu perlu ambil perhatian, jangan marah kepada mangsa, selidik dahulu dan tangani dengan harmoni.

2- Mengenalpasti keadaan dan perubahan anak2 kita. Jika ada perubahan pada emosi, tingkahlaku, tidur (nighmare) anak2, ibu bapa perlu selidik.

3- Memberi perlindungan yang seimbang untuk anak-anak.

4- Menyediakan pendidikan seks awal untuk anak-anak.

5- Mesra dengan anak-anak sehingga mereka senag untuk meluahkan apa yang mereka alami.

6- Ibu bapa hari ini perlu menjadi generasi pertama yang bercerita secara terbuka mengenai porno, jenayah seksual terutama jika hangat diakhbar dll dengan anak-anak.

7- Melengkapkan diri dengan (Basic parenting skill) iaitu komputer tidak boleh dibilik tidur, spot check dengan permission, invest duit untuk melanggan filter web site

8- Memberi kesedaran kepada anak untuk sayangkan diri, sayang wanita.

?LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN ANAK-ANAK SELAMAT DALAM DUNIA INTERNET

1- Menghadiri kursus internet parenting
(Didiklah anak-anak sesuai dengan zaman mereka- Saidina Umar)

2- Beritahu anak-anak website mana yang elok dan tidak elok.

3- Beritahu anak-anak jangan sebarkan maklumat peribadi kepada orang lain

4- Mendidik anak2 jangan senang ikut cakap orang yang tidak dikenali.

5- Memantau kegiatan anak-anak, membuat spotcheck telefon bimbit.

6- Adakan satu perjanjian dengan anak-anak tentang penggunaan telefon. Waktu mana yang dibenarkan melayari internet dll.

Statistik kajian terhadap 18000 pelajar. 70% pernah dapat gangguan seksual dalam talian,
64% mendapat sms, menyamar individu lain

Ibu bapa jangan melihat anak sebagai mangsa sahaja, tetapi waspada jika anak jadi pemangsa

Pastikan kita semua selamat apabila online

?LANGKAH PENCEGAHAN PEDOFIL

1- KESEDARAN. Tanpa kesedaran tidak akan ada tindakan. Kita perlu mengetengahkan kesedaran kepada masyarakat, bukan sahaja beritahu secara surface, tetapi kita memberi jalan keluar, mendidik masyarakat dan memperkenalkan kpd mereka agensi yang bertanggungjawab untuk membantu menangani pedofil.

2- PENDIDIKAN. Dunia sekarang adalah dunia cyber, Ibu bapa perlu tahu tentang dunia cyber, tahu akar umbinya. Tanamlah dalam jiwa anak-anak bahawa betapa berharganya diri mereka, sentuhan selamat dan tidak selamat, kanak2 perlu tahu mereka ada personal space dan personal space tidak boleh dimasuki oleh orang asing.

3- PENCEGAHAN. Langkah pencegahan adalah seperti yang dikupas.

?PERKONGSIAN JEMPUTAN KHAS PDRM

Kes yang berlaku secara meluas di Malaysia adalah:
1-Rogol
2-Luar Tabie
3-C

Fakta kes Pedofilia di Malaysia:

1- Di Kuala Lumpur, muallaf 60 tahun terlibat dengn pedofil

2- Guru di sebuah pusat tahfiz menyentuh kemaluan anak murid lelaki

3-Guru lelaki mencabul anak murid lelaki

4- Trend kini adalah bapa tiri, suami pengasuh kanak-kanak yang menjadi penyebab yang besar terjadinya pedofil.

?LANGKAH BERJAGA-JAGA

1-Kita tidak boleh salahkan genetic semata-mata untuk isu ini, persekitaran adalah faktor besar

2- Ancaman gambar di media social
Hati-hati apabila upload gambar di media sosial

?KESIMPULAN

Isu ini perlu kita ditangani bersama

Agama islam penyelesaian kepada semua. Di dalam Alquran, Islam telah mengajar adab-adab seperti lelaki dan wanita diajar utk menjaga pandangan, menutup aurat, adab memasuki bilik ibu bapa dan sebagainya.

———————-
Catatan oleh:
Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad
(Penulis PenaWan Wanita IKRAM)
18 Ramadhan 1437H

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY