Ucapan Takziah | Tragedi Helikopter Eurocopter AS350 di Sarawak

0
226

[UCAPAN TAKZIAH]

TRAGEDI HELIKOPTER EUROCOPTER AS350 DI SARAWAK

Dengan penuh rasa dukacita, Wanita IKRAM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa tragedi Helikopter Erocpter AS350, yang berlaku di Serawak baru-baru ini;

1. Datuk Noriah Kasnon
(Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)

2. Datuk Wan Mohamad Khairil
(Ahli Parlimen Kangsar)

3. Datuk Sundaran Annamalai
(Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)

4. Asmuni Abdullah (suami Datuk Noriah Kasnon)

5. Ahmad Sobri (Pegawai Peribadi Datuk Noriah Kasnon)

6. Kapten Rudolf Rex Ragas
(Juruterbang)

Tragedi Eurocopter AS350 tentunya menghadirkan rasa sedih dan pilu, seluruh rakyat Malaysia apatah lagi keluarga mangsa yang menghadapi saat-saat getir dan sukar ini.

Wanita IKRAM dan seluruh rakyat Malaysia sama-sama berkongsi kesedihan dan kehibaan ini.

Kita rafakkan doa semoga pemergian ini merupakan akhiran yang baik dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.

Kepada keluarga yang ditinggalkan, didoakan agar sabar dan tabah menerima ketentuan ini.

Wanita IKRAM juga mendoakan semoga Allah SWT memudahkan segala urusannya.

Dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita kembali.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IkRAM Malaysia
7 Mei 2016

helikopter
Kredit: Akhbar Sinar Harian

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY