Sesi Bedah Buku | Tatanan Keluarga Dalam Islam

0
345

Sesi Bedah Buku ‘Tatanan Keluarga Dalam Islam’ oleh Dra. Wirianingsih, Msi (Ketua Bidang Perempuan & Ketahanan Keluarga DPP PKS).

?Manhaj yang asli dalam memimpin/mendidik keluarga ialah Al Quran.

?Namun penjajahan masih boleh berlaku, melalui tiga jalur iaitu pemikiran, politik dan kebudayaan.

?Contoh penjajahan dari segi pemikiran ialah seperti gerakan feminis, hak asasi manusia, LGBT.

?Dalam politik dan budaya pula ialah pemerintahan sekularisme. Sebagai contohnya, di negara Turki; yang tidak menekankan pendidikan agama. Impaknya, ramai yang berpakaian seperti muslim. Namun akhlaknya tidak seiring dengan budaya Islam. Berhijab namun merokok.

?Rumusan penting dalam pengisian Bedah Buku adalah supaya kita peka dengan suasana dan pelbagai ancaman luar terhadap keluarga dan generasi masa hadapan. Pastikan supaya dalam kesibukan dan kerancakan kita melaksanakan dakwah dan tarbiyah, tidak pula berlakunya pengabaian terhadap keluarga dan generasi masa hadapan. Bermakna, semua usaha kita perlulah berpaksikan keseimbangan.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY