Perutusan Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia: Hari Ibu 2016

0
400

PERUTUSAN HARI IBU 2016

8 MEI 2016

Setiap tahun rata-rata masyarakat akan meraikan Hari Ibu pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei. Pada ketika ini, anak-anak akan memperingati peranan ibu dalam keluarga.

Wanita IKRAM meyakini bahawa hubungan antara anak-anak dan suami terhadap ibu atau isteri perlu dijaga pada setiap ketika dalam apa keadaan sekalipun. Perkara ini telah dijelaskan lagi melalui firman Allah swt dalam surah Luqman : 14 yang bermaksud “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua ibubapamu, dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Justru sempena Hari Ibu 2016, Wanita IKRAM menyarankan agar

1. Masyarakat perlu sentiasa terus dididik untuk menghormati dan menghargai ibu-ibu mereka, walau di mana mereka berada dan pada ketika mana sekalipun tanpa mengira waktu dan tarikh-tarikh sambutan tertentu.

2. Mengelakkan semua bentuk kekasaran atau salah faham antara anak-anak dan ibu-ibu terutamanya dalam usaha penjagaan ibu-ibu yang uzur. Perkara ini perlu diuruskan dalam suasana kasih sayang dan harmoni.

3. Pada zaman ledakan maklumat masa kini, kecanggihan sistem perhubungan jarak jauh, seharusnya dapat di manfaatkan oleh masyarakat bagi mengeratkan silaturrahim antara keluarga.

4.Usaha meraikan ibu adalah sebahagian dari akhlak yang mulia dan wajar disuburkan.
Budaya ini wajar dilanjutkan dengan usaha mendidik masyarakat untuk berbakti kepada ibu dan ayah terutamanya ketika dihujung usia mereka.

Selamat menyambut Hari Ibu. Mari kita sama-sama membina Malaysia menjadi negara rahmah .

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM Malaysia ?

Ilustrasi_Ibu_dan_Anak

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY